Sunday, October 31, 2010

KELEBIHAN ORANG YG MENDIRIKAN SOLAT DENGAN SEMPURNA

Mereka akan mendapat fadhilat dari ALLAH..

* Memperoleh cahaya soleh pada wajah
* menyelinap cahaya dalam hati
* merehatkan badan
* teman didalam kubur
* jalan untuk memperoleh rahmat Allah
* kunci langit, amalan baik yang lain menjadi berat timbangan
* pintu ke SYURGA
* penghalang dari api neraka
* menjadi kekasih ALLAH
* dikurniakan kesihatan
* para malaikat sentiasa menjaganya
* keberkatan dalam rumahnya
* hatinya lembut
barangsiapa mendirikan solat, dia menegakkan agamanya, siapa yang lalai dari solat, dia telah meruntuhkan agamanya.

Friday, October 22, 2010

MAHASISWA CEMERLANG DUNIA, AKHIRAT

Bagaimana mungkin selamat melalui hari hari dunia akhir zaman ini dengan selamat dan sejahtera.
setiap detik berperang dengan nafsu yang menyeleweng, setiap cabang tindakan di saluti tipuan syaitan penggoda, setiap langkah di ranjaui perangkap permaninan dunia.
ayah.................
ibu..............
guru...............
selamatkan aku.........
mampukah aku melalui liku liku ini dengan hikmah ilmu??
atau aku sudah tersasar kelorong alpa...
sedang kematian adalah milik mutlak ku, cerita akhirat akan meniti keatas ku
selamatkan aku, Ya Allah, ampuni dosaku, rahmatilah aku, ibu bapa ku, keluargaku.
amin ya Rahman, Ya Rahim, Ya latif, Ya tawwab, YA karim. ya Azim.......

Friday, October 15, 2010

TANGGUGJAWAB SOSIAL SEORANG SISWA

Menara Gading adalah suatu pengiktirafan kepada ahli ilmuan, berlaku proses yang akan melahirkan seorang pemimpin, profesional, dan golongan berpendidikan.

Contohnya, ketika di kampus tugas siswa ialah:
buat tugasan, kajian, pembentangan, kerja lapangan, proposal, jumpa pensyarah, jurnal, kuliah, online, jumpa kawan, beli barang, masak, simpan duit, bersih pakaian, pustaka dll

pada masa yang sama, siswa juga seorang imam, guru Qur'an, kelas tusyen, tugas sosial spt gotong royong, mesyuarat, usrah, riadah, sukan, majlis tahlil, imarah masjid dan surau, hadiri kuliah agama di pondok2, hadiri program tarbiyyah, jadi fasilitattor, motivasi, kem, jumpa ulama'.

tarbiyyah rohani siswa, solat fardu, solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tahajjud, qiamullail, baca Alqur'an, mathurat, berdoa, ziarah kubur, belanja orang miskin, menyantuni anak2 yatim. khidmat ibu ayah.

Monday, October 11, 2010

ALUMNI SEMEKAR MELANGKAH 2011

Setelah hampir 5 bulan menyepi, kini alumni smekar kembali dengan membawa satu semangat baru, walaupun dalam kesibukan yang pelbagai, namun kita masih lagi mampu komitmen dengan amanah persatuan ini. setiausaha memohon maaf kepada seluruh warga alumni.
walaubagaimanapun,
kini satu berita baik yang kita terima ialah apabila pengetua baru semekar memberi respon baik kepada alumni semekar. saya selaku setiausaha kini telah pun DUA kali berjumpa dengan pengetua baru semekar, memaklumkan tentang pertubuhan ini.
dengan bangganya beliau amat berterima kasih kepada seluruh warga alumni, beliau mahukan alumni mendapat sokongan daripada seluruh bekas pelajar.
ketika di satu kem di I.L.I.M Bukit Keluang, S/U dan kaunselor sekali lagi beerjumpa dengan pengetua, beliau tidak putus mengucapkan terima kasih kepada bekas pelajar yang membantu sekolah dalam apa apa jua sumbangan. beliau inginkan agar bekas pelajar datang kesekolah dan menunjukkan contoh kepada adik-adik, sekolah juga amat mengalu-alukan alumni untuk sebarang program yang bermanfaat di bawa dan di curahkan di bumi semekar.
Encik Zawawe seorang pengetua yang sangat terbuka dan mudah untuk bercakap dengan beliau, agak mesra orangnya.

Saya pohon kerjasama kepada seluruh mereka yang pernah belajar di Semekar agar memberi respon melalui Diari Alumni Semekar Ini. Terutama kepada keluarga Alumni yang berada di IPT, aktif mencari bekas pelajar, melalui friendster, facebook dan blog. Harap menjadikan blog Alumni Semekar sebagai pusat pengumpulan keluarga Alumni.
Sekian, Terima Kasih...
Salam Satu Malaysia....
Allahuakhbar.