Sunday, January 9, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salamualaikom..
salam 1 Malaysia
salam sejahtera.........('',)

Semoga semua pengunjung laman ini sentiasa berbahagia dalam rahmat Tuhan.
Doaku agar ibu&ayah, keluarga, saudara, sahabat dan kenalan semua barada dalam keadaan sejahtera dan berbahagia.

melangkah ke pelabuhan 2011 ini memerlukan kita bergerak pantas sepantas kepesatan era globalisasi dunia kini. masa yang sesaat berlalu kian menjauh dan yang mendatang begitu cepat memotong kita.

justeru itu, kepada seluruh adik-adik pelajar teruskan memuliakan guru & menimba ilmu yang membawa manafaat
kepada rakan-rakan siswa IPT tanah air dan luar negara, usahla berlengah semester ini hanya berbaki 4 bulan sebelum kita bercuti panjang mei-september nanti.
kepada ibu & ayah, doakan kecemerlangan anak2 dalam UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA&IJAZAH 2011. SEBAGAI PERMATA HARAPAN KELUARGA yang menjnjikan kejayaan hidup didunia dan berbahagia bersama di Jannatul Firdaus.............
InsyaALLAH.........('',)

Sunday, October 31, 2010

KELEBIHAN ORANG YG MENDIRIKAN SOLAT DENGAN SEMPURNA

Mereka akan mendapat fadhilat dari ALLAH..

* Memperoleh cahaya soleh pada wajah
* menyelinap cahaya dalam hati
* merehatkan badan
* teman didalam kubur
* jalan untuk memperoleh rahmat Allah
* kunci langit, amalan baik yang lain menjadi berat timbangan
* pintu ke SYURGA
* penghalang dari api neraka
* menjadi kekasih ALLAH
* dikurniakan kesihatan
* para malaikat sentiasa menjaganya
* keberkatan dalam rumahnya
* hatinya lembut
barangsiapa mendirikan solat, dia menegakkan agamanya, siapa yang lalai dari solat, dia telah meruntuhkan agamanya.

Friday, October 22, 2010

MAHASISWA CEMERLANG DUNIA, AKHIRAT

Bagaimana mungkin selamat melalui hari hari dunia akhir zaman ini dengan selamat dan sejahtera.
setiap detik berperang dengan nafsu yang menyeleweng, setiap cabang tindakan di saluti tipuan syaitan penggoda, setiap langkah di ranjaui perangkap permaninan dunia.
ayah.................
ibu..............
guru...............
selamatkan aku.........
mampukah aku melalui liku liku ini dengan hikmah ilmu??
atau aku sudah tersasar kelorong alpa...
sedang kematian adalah milik mutlak ku, cerita akhirat akan meniti keatas ku
selamatkan aku, Ya Allah, ampuni dosaku, rahmatilah aku, ibu bapa ku, keluargaku.
amin ya Rahman, Ya Rahim, Ya latif, Ya tawwab, YA karim. ya Azim.......

Friday, October 15, 2010

TANGGUGJAWAB SOSIAL SEORANG SISWA

Menara Gading adalah suatu pengiktirafan kepada ahli ilmuan, berlaku proses yang akan melahirkan seorang pemimpin, profesional, dan golongan berpendidikan.

Contohnya, ketika di kampus tugas siswa ialah:
buat tugasan, kajian, pembentangan, kerja lapangan, proposal, jumpa pensyarah, jurnal, kuliah, online, jumpa kawan, beli barang, masak, simpan duit, bersih pakaian, pustaka dll

pada masa yang sama, siswa juga seorang imam, guru Qur'an, kelas tusyen, tugas sosial spt gotong royong, mesyuarat, usrah, riadah, sukan, majlis tahlil, imarah masjid dan surau, hadiri kuliah agama di pondok2, hadiri program tarbiyyah, jadi fasilitattor, motivasi, kem, jumpa ulama'.

tarbiyyah rohani siswa, solat fardu, solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tahajjud, qiamullail, baca Alqur'an, mathurat, berdoa, ziarah kubur, belanja orang miskin, menyantuni anak2 yatim. khidmat ibu ayah.

Monday, October 11, 2010

ALUMNI SEMEKAR MELANGKAH 2011

Setelah hampir 5 bulan menyepi, kini alumni smekar kembali dengan membawa satu semangat baru, walaupun dalam kesibukan yang pelbagai, namun kita masih lagi mampu komitmen dengan amanah persatuan ini. setiausaha memohon maaf kepada seluruh warga alumni.
walaubagaimanapun,
kini satu berita baik yang kita terima ialah apabila pengetua baru semekar memberi respon baik kepada alumni semekar. saya selaku setiausaha kini telah pun DUA kali berjumpa dengan pengetua baru semekar, memaklumkan tentang pertubuhan ini.
dengan bangganya beliau amat berterima kasih kepada seluruh warga alumni, beliau mahukan alumni mendapat sokongan daripada seluruh bekas pelajar.
ketika di satu kem di I.L.I.M Bukit Keluang, S/U dan kaunselor sekali lagi beerjumpa dengan pengetua, beliau tidak putus mengucapkan terima kasih kepada bekas pelajar yang membantu sekolah dalam apa apa jua sumbangan. beliau inginkan agar bekas pelajar datang kesekolah dan menunjukkan contoh kepada adik-adik, sekolah juga amat mengalu-alukan alumni untuk sebarang program yang bermanfaat di bawa dan di curahkan di bumi semekar.
Encik Zawawe seorang pengetua yang sangat terbuka dan mudah untuk bercakap dengan beliau, agak mesra orangnya.

Saya pohon kerjasama kepada seluruh mereka yang pernah belajar di Semekar agar memberi respon melalui Diari Alumni Semekar Ini. Terutama kepada keluarga Alumni yang berada di IPT, aktif mencari bekas pelajar, melalui friendster, facebook dan blog. Harap menjadikan blog Alumni Semekar sebagai pusat pengumpulan keluarga Alumni.
Sekian, Terima Kasih...
Salam Satu Malaysia....
Allahuakhbar.

Sunday, January 31, 2010

KE ARAH PENCAPAIAN VISI ALUMNISEMEKAR

Oleh kerana ahli yang tersenarai sudah mencapai bilangan yang stabil. Cadangan untuk pemantapan dan pendaftaran Persatuan ini akan di gerakkan. Exco Exco yang berkenaan di harap bersedia untuk bertindak lebih drastik dan lebih serius dalam menjayakan hasrat bersama ini.
Ucapan tahniah dan terima kasih saya kepada semua Yb/Dato'/Datin/ Tetuan/VIP/ NGO/ seterusnya Keluarga Alumnismkr sekalian. Kesepakatan kita bersama insyaAllah sedang menuju kegemilangan.

Disini, saya akan membentangkan apa yang perlu kita laksanakan:

1- perjumpaan/ mesyuarat oleh yang akan di hadiri oleh Exco Alumni
2- wakil/ pemerhati dari kalangan ahli alumni diminta hadir
3-tidak melabelkan alumni dengan mana2 pengaruh kepartian
4-AhliALUMNISEMEKAR adalah keluarga/saudara, dalam erti kata lain "USRAH"
5-Setiap dari kita perlu merasakan semangat 'kekitaan' dan kerja berkumpulan.
6- keluarga alumni hendaklah
a) taaruf b) tafahum c) takaful
a= mengenali rakan alumni dengan niat kerana ALLAH dalam ukhuwah islamiah. Tidak sekadar kenalan dan tahu nama samaran saja, bahkan kenalilah ibu ayah rakan, keluarga, tempat tinggal dan taraf hidup rakan kita agar mudah untuk kita
b=saling memahami dalam konteks hidup berAGAMA@DEEN.
C= Kita hendaklah saling tolong menolong antara ahli alumni sebagaimana kita menganggap mereka juaga keluarga kita.

" tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu tidak mengasihi saudara kamu seperti kamu kasih pada diri sendiri" -hadis-

Tuesday, January 26, 2010

SENARAI RAKAN ALUMNISEMEKAR

1-ARIFF BIN MUSTAFA UMT =KG BINTANG
2-ABDULLAH SIDEK SAAT UPSI =KG KUBANG DEPU
3-NORHISAN BIN MOHD NOOR USM = GONG MEDANG
4-MOHAMMAD (ABG MAD) UUM =KG BINTANG
5- ABG HAZFAR UUM = KG APAL
6- HAFIZUL UPSI =KG KUALA KUBANG
7-NIK FAKHRUDDIN NIK MOOD UPMBINTULU = KG BINTANG
8-FARAH SYUHADATUL AIN ABDILLAH USM
9-SITI PASIHAH ABD AZIZ UUM =KG G. MEDANG
10-NURUL AZIRA C. BERHANUDDIN UPSI = FELDA SELASIH
11- ABG PEJA 88 UUM = KG BAKAT JABI
12- HAFIZ ABD AZIZ UMT = FELDA SELASIH
13-MAZLIA BINTI MAT JUSOH UPSI = BUKIT TANAH
14- TG MUAZ TG ZAKARIA UMP = TEMPINIS
15- ROSMAWATI WAHIB UUM = KG BAHARU TOKDOR
16- AINUN KADIR UPM = KEPALA GAJAH
17- MOHD SYUKRI MUHAMMAD UPSI = KEPALA GAJAH
18- NOR HASMIZA MAZLAN UiTM = KUALA KUBANG
19-W. SHAHARAZAN W YUSUF UiTM =felda SELASIH
20- ARIFUDDIN MD NOOR UiTM =BKT TANAH
21- W NURU MANIRAN UPM =BUKIT DREBAR
22- NURAIN NASUHA MOHD YAACOB UUM =BENTING LINTANG
23- SYARAFUDDIN ABD RAHMAN UUM = CBG 3 TEMBILA
24- KAKAK SHUHADA UUM = JLN KUARI BATU BINTANG
25-NURZILA HASSAN =KG BINTANG
26-NAJAH HASSAN SEMEKAR =KG RENEK
27-HAFIZA HUSSIN SEMEKAR = KG TASIK TOK LEBAI
28- JOHARI UUM (BACH. EKO) =KG
29- MUHD HAMZI ABD AZIZ UMT = BACHOK KEL.
30- FATIKAH ABDULLAH
31-EHSAN YUSUF MATRIKULASI =FELDA SELASIH
32- MOHD AMIR SIDI AHMAD UM =KG OH
33- SITI KHADIJAH
34- KAK NORA
35- INSAN BIASA
36- LEFTENAN 313 OTAI
37- NOR AYUNI SUHAIMI UMT = KG ALOR SERDANG
38-BURHANUDDIN HJ DAUD SMKR =KG JABI
39-C NUR NAJIHAH C ANDILAH UPSI = KG BINTANG
40- SYUKRI ABD SATAR UTM= BUKIT JERUK

PERJALANAN KEM PERKASA

Pengarah program (bertopi putih) telah tiba di tapak perkhemahan seawal jam 10 pagi 21 januari. lokasi adalah tapak perkhemahanC Hutan Lipur Lata Belatan, Besut Terengganu. yang dua orang di sebelah itu adalah ahli lembaga pengarah yang turut terlibat. ketiga tiga mereka masih muda dan masih belajar..
jam 10 hingga 2 ptg.- persiapan dewan syarahan dan pemasangan p.a sistem dibuat
jam 2.30- peserta telah tiba dengan van, pendaftaran bermula.. tag peserta di agihkan setiap pelajar. modul kem dan bahasa arab dibekalkan setiap peserta.
jam 3.30-4.30= sesi ice breaking@ taaruf
jam 5-6.00 ptg= slot pertama bermula, namun peserta dibenarkan untuk mandi di lata belatan selama 1 jam.
slot kuliah magrib= ustaz kamal mustafa
selepas isyak slot kedua, kembara malam. si buta sayang ke kawasan kubur smbil mata tertutup. ada peserta yang menangis
jumaat penuh dengan L.D.K.....................
Malam penutup ada persembahan nasyid(KARAOKE) dan tayangan vedio.
bbq ayam panggang dan sepak takraw malam, penyampaian hadiah dan bermalam di khemah
8.00 pagi sabtu= mandi lata
10 pagi. BALIK........................

Tuesday, January 19, 2010

SETIAP MANUSIA BERHAK UNTUK BERJAYA

Dengan semangat dan kesungguhan yang ada. merancang, menyediakan modul, menguruskan tapak, memilih peserta, menentukan tentatif dan semuanya telah pun dilaksanakan. berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada sedikit sebanyak ingin dikongsikan bersama dengan anak bangsa seagama.
seorang pengarah muda telah bergerak secara solo berdasarkan sokongan dari seluruh keluarga dan ahli masyarakat telah pun siap untuk melaksanakan satu KEM. Pengarah muda ini sebenarnya dalam proses membuat kerja persatuan kaunseling IPTA di Terengganu yang mahukan agar pelajar kaunseling UMT memilih mana mana sekolah di Mlaysia untuk di buat satu bengkel/seminar/kursus/kem...

ikuti perjalanan kem ini pada minggu hadapan.... tenkiu alls ('',)

PEACE!!!!!!

AKTIVITI KEM PERKASA


SEawal jam 7.30 pagi jumaat.. selepas senamrobik. diwaktu hening fajar, udara segar, lata belatan sunyi tanpa manusia, namun pelajar islam sk pondok ini telah berjogging naik keatas kAwasan air terjun sehingga tiba di suatu tempat batu terhampar..
bayangkan betapa bersemangAt dan segar sekali sUasana lata, hutan hijau, mendengar deruan air yang mengalir puTih jernih. fuhhh... hilang stress,,,,
jam 7.40. pengarah kem sampai. semua peserta diarah agar membuat MEDITASI deruan air... Renung, lihat, fikir dan Ucap SUBHANALLAH atas apa yang mereka lihat dan rasa. tarik nafas panjang dan tasbih memuji keagungn ALLAH swt.

untuk makluman, pihak persatuan kaunseling PEKA UMT dengan kerjasama ALUMNI SEMEKAR telah berjaya dengan jayanya mengendalikan satu kem dan survival untuk pelajar sk pondok di Jabi. program selama 2 hari ini dipenuhi dengan modul khas.. pencerramah undangan turut di jemput. sumbangan dari pelbagai pihak telah dililuskan. hanya tinggal kesungguhan urusetia dan fasilitator yang akan menjayakan lagi kem ini. wakil alumni iaitu Ketua Pelajar, Kapten Asrama dan Presiden PPU dari Semekar telah di undang khas sebagai wakil dan pemantau kem.

Monday, January 4, 2010

LANGKAH MENITI PUNCAK ....

selamat berjuang adik adik ku sayang
Bergelar seorang pelajar institusi pendidikan tinggi merupakan taraf yang hebat, mesyarakat melabel mahasiswa adalah manusia hebat, kita sebenarnya dijadikan role model bagi adik-adik terutamanya. namun mungkin kerana tidak sedar secara tidak lansung manusia melabel tinggi insan berpendidikan seperti kita, ramai antara kita yang merasakan kerdil, terlalu rendah diri, malu malu dan merasakan diri masih tidak layak untuk bertindak atas sesuatu..

tahukah anda, disaat umur inilah manusia boleh mencapai apa sahaja bentuk kejayaan dan kehebatan, samaada ingin dikongsi atau individualistik...

jika dikongsi ilmu =KEBERKATAN HIDUP
ilmu& individualistik= cenderung utk KUMPUL HARTA, BANGGA DIRI

Kalau 10 tahun yang lalu, bukan sahaja mahasiswa/i, bahkan lepasan STPM pun sudah boleh berkhidmat kepada anak bangsa seperti menjadi guru sandaran dan ssebagainya. Apa yang penting sikap yang MATANG perlu dipamerkan, tidak terlalu banyak bergurau, bercakap tentang ilmiah, tidak mengajar hal hal sia2 seperti

1-bemain terup 5-berseluar pendek(lelaki)
2-merokok 6- merempit
3-sms terlalu lama 7- malas belajar quran
4-vedio yg kebaratan 8-enggan kemasjid
patutlah masyarakat memandang lekeh pada mahasiswa sekarang, KITA YANG MELETAKKAN DIRI SENDIRI, samada ditahap mana kah kita hendak berada..
PELAJAR IPTA yang hebat adalah yang berkelakuan sesuai dengan tahap ilmu yang dimiliki, berbeza dari orang orang yang malas belajar. ILMU MEMULIAKAN KEHIDUPAN kita sekarang.

Friday, October 23, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 H...



SUBHANALLAH....WALHAMDULILLAH...ALLAHUAKHBAR!!!!

Salam berbahagia kepada seluruh sahabat Rakan Siswa di seluruh Tnah air Mlaysia tercinta, salam ceria kepada rakan Usrah kg Bintang, Salam kerinduan kepada Pelajar Madrasatu Ta'alim wa Tarbiyyah, Jabi. dan Salam berjuang kepada saudara2 adik2ku di Tanah Iraq, Iran, Afghan, Palestin, Chehnya, Thai. SELURUH DUNIA. Teruskan perjuangan meraih Syahid fi sabilillah, meraih kemuliaan disisi RABBI dan SYURGA yg TINGGI. insyaALLAH

"Hal-hal harta keduniaan, ramai orang yang serba kekurangan berbanding kamu, hal-hal ukhrawi ibadat, ramai orang yang lebih bnyak drpda ibadat berbanding kamu"

Pernahkan suatu hari yg sihat kamu berjalan dgn kaki yg diberi pinjam oleh ALLAH.. KAMU BERJALAN ke seluruh rumah jiran di kampung, bertanya khabar, ziarah. Pernahkah kamu membawa makanan yang kamu makan untuk berkongsi makan dengan fakir miskin dan anak yatim yg kelaparan... pernahkan kau cukupkan keperluan anak2 saudaramu yang meminta bantuan??? pernah kah kamu nasihat kan org yg terlantar sakit agar bersabar dan igt pada ALLAH...

WAHAI DIRI YG LALAI...
Kamu juga akan miskin di mahsyar
kamu juga akan sakit ketika sakaratul maut...
kamu juga akan haus dan lapar......
kamu akan menangis seoranng diri di kuburmu nanti

Sunday, October 18, 2009

TAHNIAH KERANA DAPAT MENERUSKAN SEMESTER BARU...


assalamualaikum... salam ukhuwah islamiah,
Rakan siswa yg berbahagia, ALHAMDULILLAH kpd Tuan Punya dunia kerana masih mempertemukan kita dalam ALUMNI SEMEKAR.
Rakan Siswa sekalian,
Nabi ada menganjurkan kita agar
1- jadilah kamu org alim
2-jadilah kamu orang yg belajar
3-jadilah kamu org yg suka mndengar mjlis ilmu
4-jadilah kamu org yang cinta/syg pd ilmu dan org alim
dan jangan kamu jd yg ke-5, CELAKALAH!!!

Luqman Al Hakim berpesan kpd anaknya;
"wahai anakku, rapatilah majlis alim ulama dan rapatkan kedua dua lutut kamu (istiqamahlah) dalam belajar...

SEDIKIT FOTO KENANGAN CUTI SEMESTER LEPAS....mari lihat

Wednesday, October 14, 2009

AKU DAN USIA.....................................


REMAJA...........ZAMAN TERINDAH. ZAMAN KEGEMILANGAN KEMUNCAK INTAN BERLIAN.
REMAJA... kamu adalah intan berlian yang dirindui oleh ISLAM.

pENULIS baru sahaja mendapat satu ilmu yang paling bermakna untuk diceritakan sebagai panduan untuk sahabat alumni semua..
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA SEKARANG.. APA PUNCANYA???
penulis dan sahabat dari usm telah berkongsi rasa sedih melihat fenomena kemanusiaan sekarang, apatah lagi zaman remaja yang terhebat ini. apa erti pembangunan tapi kemanusiaan hancur??? Bangga sangatkah manusia apabila digelar pelajar kolej, universiti, maktab, politeknik..... pandang sebelah mata saja pada budak2 skolah pondok, tahfiz.... tak standard la.
waraknya bila berkopiah,bersongkok, bertudung mcm ustazah la pulok... INILAH AYAT2 YG PERLU DIKAJI KESANNYA KPD IKLIM GENERASI KITA.

PERTAMA.. hidup rasa rimas bila kita perlekeh ilmu agama. jiwa tak tenang. ibadat dah tak rasa manis.. saya tetap akan mengatakan walauapapun yg kta buat. mesti ingat ALLAH, zikir selalu.
kalu rasa malas sujud 5 waktu yang wajib buat bumi lain, jgn sedut udara ALLAH, jgn duduk atas bumi ALLAH.... SEBAB yang 5 inilah TIANG AGAMA, tak perlu tunjuk kad matrik, tak perlu tunjuk ijazah, master, phd, DR... kamu tidak layak untuk bercakap hebat kalu kamu yang meruntuhkan AGAMA ALLAH.
REMAJA ISLAM YG TAK SOLAT.....
Kamu lebih hina drpada anjing kurap, ALLAH akan laknat manusia yang berani meruntuhkan AGAMA ISLAM... Dasar tidak kenal diri, mana2 yang sanggup lalaikan solat adalah manusia2 yang akan CELAKA... MEMANG AKAN CELAKA. ALLAH TELAH MEMUTUSKAN TUNGGULAH kecelakaan bagi mereka yang berat kepala untuk solat.

Monday, October 12, 2009

STUDY WEEK DAH BERMULA.........

Belajar tak berapa hari lagi dah nak cuti semester satu... final exam pun dekat doh..
kita buat rilek jer, jawab jer soalan yang keluar... insyaallah dapat cemerlang. yang penting study dengan bijak.. bukan banyak. sikit2 tapi kalau hati terang dapat sama jer. ilmu dia nak lekat mudah dengan org2 yg bersih hati. bergantung pada ALLAH.. bukan hati gelap senang2 nak dapat ilmu....
solat sunat dhuha penting, bangun malam.. solat hajat... doa. tu lah yng paling penting saing saing sekalian, kalau stakat usaha gila2 tapi bergantung bulat2 pada usaha itu, tak berapa nak berkat la.... ALLAH suruh kita hinakan diri dan minta denganNYA,,, dia pengurnia yng besar.. luas kurniaannya...
dua minggu lagi dah ada yang tamat final exam. rumah sapo ado nak korban lembu rayo ni???? selamat berjumpa di hari raya.........

Sunday, October 11, 2009

KEMANAKAH ANAK MUDA REMAJA??

Adakah kau lupa, ISLAM pernah berjaya.. memerintah 2/3 dunia. keimanan dan ketaqwaan rahsia kita capaai kejayaan.

kejayaan sebenar adalah dapat beribadat kepada ALLAH tepat pada waktu nya.. tidak diliut oleh musuh yang nyata (syaitan)..
SEDIH.........sedih sungguh hari ini kalau ke masjid dan surau untuk solat berjemaah, saya pasti tertanya tanya dimanakah kawan2 seusia saya.. kenapa mereka tidak ada dalam saf untuk sama2 sujud pada ALLAH, tak perlu solat sunat, solat fardhu yang wajib macamana, kat mana mereka solat? sedangkan semua remaja sihat, kuat, nak datang solat dengan macam2 kenderaan, motor, kereta!!! SEMUA HEBAT. datang bersujud hanya 10 monot pun takkan tak larat.. program lain semua datang, program ALLAH ramai yang berani ponteng... inilah satu krisis keyakinan akidah!!!!!!!!!!! buat kerja seolah2 ALLAH tdk ada, suruhan ditinggal, yang haram diamal... semua nak buat perkara yang nampak untung didunia, pahala di akhirat baru bernilai, remaja tak nampak. ALLAH akan tanya hal masa muda kemana kamu habiskan?? dan anak muda yang akan mendapat naungan arasy adalah yang membesar dalam ibadah kepada ALLAH SWT

JOM SOLAT... CARILAH KETENGAN ABADI..(",)