Friday, October 23, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 H...



SUBHANALLAH....WALHAMDULILLAH...ALLAHUAKHBAR!!!!

Salam berbahagia kepada seluruh sahabat Rakan Siswa di seluruh Tnah air Mlaysia tercinta, salam ceria kepada rakan Usrah kg Bintang, Salam kerinduan kepada Pelajar Madrasatu Ta'alim wa Tarbiyyah, Jabi. dan Salam berjuang kepada saudara2 adik2ku di Tanah Iraq, Iran, Afghan, Palestin, Chehnya, Thai. SELURUH DUNIA. Teruskan perjuangan meraih Syahid fi sabilillah, meraih kemuliaan disisi RABBI dan SYURGA yg TINGGI. insyaALLAH

"Hal-hal harta keduniaan, ramai orang yang serba kekurangan berbanding kamu, hal-hal ukhrawi ibadat, ramai orang yang lebih bnyak drpda ibadat berbanding kamu"

Pernahkan suatu hari yg sihat kamu berjalan dgn kaki yg diberi pinjam oleh ALLAH.. KAMU BERJALAN ke seluruh rumah jiran di kampung, bertanya khabar, ziarah. Pernahkah kamu membawa makanan yang kamu makan untuk berkongsi makan dengan fakir miskin dan anak yatim yg kelaparan... pernahkan kau cukupkan keperluan anak2 saudaramu yang meminta bantuan??? pernah kah kamu nasihat kan org yg terlantar sakit agar bersabar dan igt pada ALLAH...

WAHAI DIRI YG LALAI...
Kamu juga akan miskin di mahsyar
kamu juga akan sakit ketika sakaratul maut...
kamu juga akan haus dan lapar......
kamu akan menangis seoranng diri di kuburmu nanti

Sunday, October 18, 2009

TAHNIAH KERANA DAPAT MENERUSKAN SEMESTER BARU...


assalamualaikum... salam ukhuwah islamiah,
Rakan siswa yg berbahagia, ALHAMDULILLAH kpd Tuan Punya dunia kerana masih mempertemukan kita dalam ALUMNI SEMEKAR.
Rakan Siswa sekalian,
Nabi ada menganjurkan kita agar
1- jadilah kamu org alim
2-jadilah kamu orang yg belajar
3-jadilah kamu org yg suka mndengar mjlis ilmu
4-jadilah kamu org yang cinta/syg pd ilmu dan org alim
dan jangan kamu jd yg ke-5, CELAKALAH!!!

Luqman Al Hakim berpesan kpd anaknya;
"wahai anakku, rapatilah majlis alim ulama dan rapatkan kedua dua lutut kamu (istiqamahlah) dalam belajar...

SEDIKIT FOTO KENANGAN CUTI SEMESTER LEPAS....mari lihat

Wednesday, October 14, 2009

AKU DAN USIA.....................................


REMAJA...........ZAMAN TERINDAH. ZAMAN KEGEMILANGAN KEMUNCAK INTAN BERLIAN.
REMAJA... kamu adalah intan berlian yang dirindui oleh ISLAM.

pENULIS baru sahaja mendapat satu ilmu yang paling bermakna untuk diceritakan sebagai panduan untuk sahabat alumni semua..
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA SEKARANG.. APA PUNCANYA???
penulis dan sahabat dari usm telah berkongsi rasa sedih melihat fenomena kemanusiaan sekarang, apatah lagi zaman remaja yang terhebat ini. apa erti pembangunan tapi kemanusiaan hancur??? Bangga sangatkah manusia apabila digelar pelajar kolej, universiti, maktab, politeknik..... pandang sebelah mata saja pada budak2 skolah pondok, tahfiz.... tak standard la.
waraknya bila berkopiah,bersongkok, bertudung mcm ustazah la pulok... INILAH AYAT2 YG PERLU DIKAJI KESANNYA KPD IKLIM GENERASI KITA.

PERTAMA.. hidup rasa rimas bila kita perlekeh ilmu agama. jiwa tak tenang. ibadat dah tak rasa manis.. saya tetap akan mengatakan walauapapun yg kta buat. mesti ingat ALLAH, zikir selalu.
kalu rasa malas sujud 5 waktu yang wajib buat bumi lain, jgn sedut udara ALLAH, jgn duduk atas bumi ALLAH.... SEBAB yang 5 inilah TIANG AGAMA, tak perlu tunjuk kad matrik, tak perlu tunjuk ijazah, master, phd, DR... kamu tidak layak untuk bercakap hebat kalu kamu yang meruntuhkan AGAMA ALLAH.
REMAJA ISLAM YG TAK SOLAT.....
Kamu lebih hina drpada anjing kurap, ALLAH akan laknat manusia yang berani meruntuhkan AGAMA ISLAM... Dasar tidak kenal diri, mana2 yang sanggup lalaikan solat adalah manusia2 yang akan CELAKA... MEMANG AKAN CELAKA. ALLAH TELAH MEMUTUSKAN TUNGGULAH kecelakaan bagi mereka yang berat kepala untuk solat.

Monday, October 12, 2009

STUDY WEEK DAH BERMULA.........

Belajar tak berapa hari lagi dah nak cuti semester satu... final exam pun dekat doh..
kita buat rilek jer, jawab jer soalan yang keluar... insyaallah dapat cemerlang. yang penting study dengan bijak.. bukan banyak. sikit2 tapi kalau hati terang dapat sama jer. ilmu dia nak lekat mudah dengan org2 yg bersih hati. bergantung pada ALLAH.. bukan hati gelap senang2 nak dapat ilmu....
solat sunat dhuha penting, bangun malam.. solat hajat... doa. tu lah yng paling penting saing saing sekalian, kalau stakat usaha gila2 tapi bergantung bulat2 pada usaha itu, tak berapa nak berkat la.... ALLAH suruh kita hinakan diri dan minta denganNYA,,, dia pengurnia yng besar.. luas kurniaannya...
dua minggu lagi dah ada yang tamat final exam. rumah sapo ado nak korban lembu rayo ni???? selamat berjumpa di hari raya.........

Sunday, October 11, 2009

KEMANAKAH ANAK MUDA REMAJA??

Adakah kau lupa, ISLAM pernah berjaya.. memerintah 2/3 dunia. keimanan dan ketaqwaan rahsia kita capaai kejayaan.

kejayaan sebenar adalah dapat beribadat kepada ALLAH tepat pada waktu nya.. tidak diliut oleh musuh yang nyata (syaitan)..
SEDIH.........sedih sungguh hari ini kalau ke masjid dan surau untuk solat berjemaah, saya pasti tertanya tanya dimanakah kawan2 seusia saya.. kenapa mereka tidak ada dalam saf untuk sama2 sujud pada ALLAH, tak perlu solat sunat, solat fardhu yang wajib macamana, kat mana mereka solat? sedangkan semua remaja sihat, kuat, nak datang solat dengan macam2 kenderaan, motor, kereta!!! SEMUA HEBAT. datang bersujud hanya 10 monot pun takkan tak larat.. program lain semua datang, program ALLAH ramai yang berani ponteng... inilah satu krisis keyakinan akidah!!!!!!!!!!! buat kerja seolah2 ALLAH tdk ada, suruhan ditinggal, yang haram diamal... semua nak buat perkara yang nampak untung didunia, pahala di akhirat baru bernilai, remaja tak nampak. ALLAH akan tanya hal masa muda kemana kamu habiskan?? dan anak muda yang akan mendapat naungan arasy adalah yang membesar dalam ibadah kepada ALLAH SWT

JOM SOLAT... CARILAH KETENGAN ABADI..(",)

Saturday, October 10, 2009

KU POHON RESTU AYAH BONDA

KEBAHAGIAAN HIDUP anak2 adalah di bawah redho ALLAH, dan ALLAH tidak redho jika ibu ayah tidak redho. syurga di bawah tapak kaki ibu. anak yang sedar diri akan sentiasa =ingat ibu ayah. sedar akan asal keluarga, tidak sombong dengan manusia bahkan redho dengan ketentuan takdir.
anak yang soleh akan sentiasa ziarah ibu, tanya khabar ayah walau berjauhan. anak yang sedar diri akan balik untuk bersama mengembirakan hati ibu ayah, tidak lupa daratan, tidak angkuh dengan pendidikan yang ada. nasihat ayah adalah untuk anaknya selamat disini dan disana.
Kebahagiaan hidup jika kita membahagiakan hati orang tua, ayah ibu bukan bebanan semasa didunia. dia melahirkan kita sehingga bertarung nyawa. menjaga tanpa pilih kasih. berkorban apa saja asalkan along... angah... achik... ateh, kakak dan memastikan hidup yang sempurna untuk anaknya.

kasih ibu membawa kesyurga............
renungkanlah wahai sahabatku, sedarlah diri kita yang ada kewajipan kepada ibu ayah. kemana kita nak tunjuk lagak kita??? siapa kita??? anak soleh atau anak drhaka?? tak mencium syurga kita jika ibu terguris sedangkan kita rasa malu untuk tundukkan kepala minta ampun dengan ayah ibu.. hinakah ayah kita seorang petani tua, hinakah ibu kita seorang perempuan tua yang sedang menghitung hari untuk pergi buat selamanya, meninggalkan anak2nya yang masih lagi tergila-gila dunia... tercari cari pangkat,harta sebesar besarnya. Ibu dengan linangan air mata dari jauh merintih... aduhai anakku, aku mampu menjaga kamu semua, tapi kamu semua tidak mampu menjaga ibu seorang...
ibu ayah selalu merindui mu anak... ayahmu sudah uzur, sudah lewat usianya. adakah kita berkeluarga di dunia ini dan tidak mahu lagi berkeluarga bersama sama di akhirat sana??

AYAH MENINGGALKAN WASIAT......................
" JGN TGGL SOLAT WALAUPUN APA KEADAAN, BACALAH ALQURAN DAN TUNTUTLAH ILMU YANG BERMANFAAT....."

DENGARLAH CERITA INI....

Cerita yang saya nak sahabat semua tahu ini adalah cerita tentang realiti kehidupan yang sebenar. dari mana kita datang dan kemana akan di bawa selepas ini. hidup di dunia ini adalah alam ke3 dalam kronologi hidup manusia.
selepas ini kita akan mati dan hidup yang tidak akan mati mati lagi.
Ulama Tasauf mengajarkan ada EMPAT hukum waktu yang akan ditanya kepada kita kelak. masa yang ALLAH berikan kepada kita adalah suatu medan yang luas, didalam perjalanan masa itu akan berlaku perkara yang telah ditentukan ALLAH.
Telah kering tinta lembaran yang tercatat di Luh Mahfuz. Rezeki telah ALLAH tentukan segalanya. setiap yang berlaku sedetik adalah dengan kuasa ALLAH, setiap detik ALLAH dalam urusannya. Manakala manusia setiap detik berlawan dengan nafsu. Dunia adalah penjara bagi orang mukmin. sabar dan syukur itu adalah manusia yang diredoi. bayangkan Penghulu manusia Rasulullah saw tidak pernah hidup mewah, baginda tidak lena tidur jikalau ada makanan yang berbaki di rumah, baginda bimbang jikalau ditanya ALLAH. ULAMA datang adalah untuk mengajarkan:

1/3= beribadat
1/3=bekerja@ menuntut ilmu
1/3=berehat@bersama keluarga

Syukur betol duk dekat..

MOHD AL-AMIN OTHMAN adalah pelajar tahun satu DIPLOMA PERIKANAN UMT.

Seorang bekas pelajar semekar spm tahun lepas menyatakan hati yang gembira kerana telah menjadi seorang mahasiswa umt... lebih seronok lagi sebab dapat balik kampung setiap minggu..
"saya dan Ariff kaunseling akan balik kerumah setiap hari khamis dan datang semula ke umt pada pagi ahad.. kami tidak rasa berjauhan daripada keluarga tercinta,. suasana di kampung memberi ketenangan yang amat berbanding iklim di kolej"
Di kampus, kami tinggal serumah dengan Ariff dan Hafiz felda selasih.
minggu ini adalah minggu terakhir kami di sini, semester 1 akan tamat, barang2 dah diangkut balik, datang cuma nk jawab final exam.. study week kami lebih selesa buat dirumah saja. di kampus tak dapat focusla ramai orang macam2 ragam ada. serabut mata memandang... cina melayu india siam tokpek sama saja... seksi2 pulok tu, mana tahan....
pening pallo lar... sedap duk rumoh la..

Friday, October 9, 2009

SALAM PERTEMUAN

(ABDULLAH DAN NORHISAN
TIMB YDP DAN EXCO AKADEMIK ALUMNI

Takdir ALLAH mengatasi segalanya, pertemuan dan perpisahan kerana ALLAH akan mendapat rahmatNya. dua orang sahabat ini adalah insan yang pernah mengharumkan nama semekar kerana kesungguhan mereka dapat cemerlang akademik. Namun tim ydp kini sedang giat berblog di upsi, manakala norhisan sedang berbisnes di usm, apapun s/u mengucapkan tahniah dan ssemuga berjaya.

GRADUAN KERDIL UMT

WALAUPUN fizikal kakak agar kerdil daripada rakan rakan namun ia tidak pernah mematahkan semangat untuk belajar sehingga kakah dapat memegang dan buat balik segulung ijazah, kekurangan kakak dijadikan pembakar semangat adik2 yang normal untuk capai yang terbaik. Selama 3 tahun kakak di UMT tidak pernah rasa putus asa, ayuh adik2 junior di UMT dan mana2 Universiti, belajarlah sungguh, yang penting Agama Didahulukan. ALLAHUAKHBAR

MAJLIS BRITHDAY PENGETUA


Tuan pengetua sedang membelos kek harijadi beliau semasa di dewan semekar. bersempena dengan itu juga turut diadakan sambutan hari kokurukulum SEMEKAR... kelihatan pn Carlota Carlito di sebelah kri dan beberapa jurufoto dari kalangan guru sedang shot kamera..

PUTARAN KEJAM ZAMAN UNIVERSITI...

Saya ingin berkongsi tentang satu artikel yang di tulis oleh Presiden PKPIM tentang fenomena yang melanda pelajar di IPTA di Malaysia. Hari ini adalah kesan hari kelmarin
"PUTARAN KEJAM" adalah satu keadaan yang mengancam dan telah pun menampakkan impak negatif kepada mahasiswa/i... dalam erti kata lain kejutan budaya ini telah pun mengorbankan jatidiri pelajar. ia berlaku secara tidak sedar berpunca daripada pergaulan bebas di Universiti, faktor utama penyebab hilang maruah insan adalah kerana tidak ada subjek agama didalam sukatan pelajaran di Universiti.
Setiap yang datang ke Universiti hanyalah berbekalkan pegangan Agama yang di didik oleh ayah dan ibu semasa di rumah. tapi kerana tidak lagi belajar agama di Universiti, agama semakin terpencil, jiwa remaja makin gersang, siswa/i makin longlai dan mula menggadaikan masa depan....
Sebelum masuk U.. selalu cium tangan ayah ibu sebelum pegi skolah, ayah bagi sringgit, mak pesan " adik belajar rajin2 ya, nanti berjaya".. besar sikit masuk asrama, ustaz nasihat, Agama jangan tinggal, ingat ALLAH setiap masa, solat jangan tinggal.. maksiat dan dosa hendaklah jauhi.. jaga maruah diri.. ingat tempat kembali sebenar. Tapi sekarang Universiti, masing2 punya crita, halal haram, dosa pahala tak siapa boleh tegur... tak siapa peduli lagi, kawan2 pun sama2 satu kepala, tak pernah nak bimbing agar menjaga agama..
Sembahyang pun kadang2... seolah olah ALLAH tidak nampak apa yang kita buat, yang penting aku dapat 4.00, anugerah dekan. dapat ijazah, dapat sambung master, phd dan dapat kan kerja yang bergaji beribu ribu..... aku adalah pelajar yang cemerlamg, aku graduan. besar nanti dpt beli kereta besar, rumah besar, balik kampung tayang kat masyarakat, INILAH KEJAYAAN!!!!!!!!!
TAPI, masjid aku tak kenal, surau jauh sama skali, baca Quran tak pandai, mak ayah mati pun upah orang suruh baca yassin kat rumah , apatah lagi nak doakan ayah ibu setelah mereka mati...

Tuesday, October 6, 2009

PELIKNYA NAMA SEKOLAH KITA.....

(gambar hiasan)

RENEK?? Macam pokok yang renek renek tu ke? atau kecik.... pendek pendek. hahaha
Kalau orang tanya, memang ramai yang malu nak jawab... dulu sekolah kat mana??
sekolah renek... hee.kerdilnya nama. lekehnye nama. BETULKAN kawan Alumni semua.

DISEBALIK NAMA......
Penubuhan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT. telah dirasmikan oleh Saudara Anwar Ibrahim pada tahun 1985. Mula di Panggil SEMEKAR. Namun apalah yang dapat dibanggakan dengan nama, tapi yang di nilai adalah hasilnya yang telah melahirkan manusia yang beguna semekar bunga yang mekar.

Monday, October 5, 2009

SELAMAT DATANG KE ALUMNI SEMEKAR


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK KERANA TELAH MELAYARI LAMAN ALUMNI SEMEKAR. LAMAN INI DI TUBUHKAN UNTUK TUJUAN MENYATUKAN SEMUA BEKAS PELAJAR SMKR.

ABDULLAH SIDEK SAAT- (Ketua Pelajar 2008)

Kita telah pun menubuhkan Alumni ini secara tidak rasmi pada Ogos 2008, Pn. Faridah Akmal selaku Penasihat. Asasnya kami mulakan bersama rakan sekelas dan perhatian awal oleh pelajar Tingkatan 6 2008. Exco yang di dahului oleh YDP Alumni telahpun berjaya menjalankan pelbagai aktiviti peringkat awal penubuhan,
Sekarang ini, kita mahukan semua bekas pelajar mengetahui adanya alumni ini secara tidak rasmi dahulu. Saya telah pun berbincang sedikit dengan Cikgu Syarizan Kaunselor SMKR dan beliau sarankan agar A;lumni Semekar ini di DAFTARKAN secara rasmi.
Saya melalui rakan Alumni sedang menunggu maklum balas daripada SEMUA BEKAS PELAJAR agar sentiasa memaklumkan dan melayari laman ini.
Insyaallah apabila ahli sudah ramai yang terkumpul kita akan usahakan untuk proses pengORGANISASIAN semula. Kami hanyalah Pemimpin bayangan sementara. kita mengharapkan Senior yang lebih berpengalaman menerajui ALUMNI SEMEKAR ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih..

Friday, October 2, 2009

TENTANG SAHABAT-s/u Alumni

MOHD AMIR SIDI AHMAD (9A SPM 2008)
ingat lagi saya... ustazah latifah selalu paggil beliau Doktor Amir!! beliau adalah Ahmad Amir Sidi, dari kg Oh.....oh..oh. S/U sudah memperhatikan Amir sentiasa belajar sampai lewat malam semasa di asrama tahun lepas. Beliau dengan NorHisan sama2 kuat, tidak kira waktu dan keadaan, menyedari asal diri mereka sentiasa berusaha keras untuk berjaya. tidak menghampakan harapan ayah ibu.kami hendak membalas jasa mereka suatu hari nanti. S/U juga agak rapat mengenali Amir. antara ramai pelajar lelaki di asrama Renek 2008, s/u dan amir selalu melagukan zikir munajat ketika di ats surau, kami merindukan untuk duduk bersama sama dan mengalunkan zikir mnyebut nama ALLAH, ia amat2 memberikan ketengan jiwa yang tidak dapat di cari di mana mana tempat. selepas solat magrib kita akan ajak semua untuk muhasabah diri, bertaubat, berzikir dan bertafakur kepada ALLAH. Saudara Amir Sidi kini belajar di UM asasi Sains.
dan sahabat ALUMNI SEMEKAR mengucapkan selamt maju jaya. Anda juga telah mengharumkan nama SEMEKAR SPM 2008.
"Saya bersyukur kerana ALLAH memberi kejayaan awal untuk sya teruskan cita2 dan mencari kejayaan dunia lebih2 lagi akhirat, saya juga berterima kasih kepada POKLOH selaku senior saya tahun lepas, Pokloh amat penyayang terhadap Chan." kata Amir
ALLAHUAKHBAR!!!

TENTANG SAHABAT-s/u Alumni

SAING BAIK NORHISAN
Senyuman manis seorang sahabat masih segar di ingatan ku.. pertemuan kita di suatu hari menitik kan ukhuwah yamg sejati bersyukur ku kehadrat ilahi diatas jalinan yang suci. namun kini perpisahan yang terjadi. dugaan yang menimpa diri, bersabar diatas suratan ku tetap pergi jua.

Kalau dulu Mohd Nor Hisan Bin Mohd Noor......... skrg Sarjana Muda Sastera USM
S/U Alumni sudah menyangka tentang kejutan yang akan dilakukan oleh Hisan, siapa pun boleh nampak tentang mereka yang akan berjaya. TEKUN sejak mula berada di 6A1. Tak suka tidur dalam kelas, kuat study malam, solat hajat yang berterusan tapi tdk sampai bengkak mata. dan yang penting beliau mudah untuk bergurau senda dengan kawan semasa di 6A1. kalau di asrama Abe Ise adlah Senior kesayangan ustazah, adik2 junior pun mudah bergaul dgn beliau, Ustazah Latifah pggil ABE ISE... ajar baca qur'an, dan rajin buat kijo tolong warden selain study. S/U sangat2 mengenali Norhisan sebab slama stahun kami hidup mcm keluarga di asrama. Saya akui sikap rendah diri beliau adalah rahsia kjyaan dan kberkatan hidup, sekarang beliau selalu pesan , "Ingat sokmo hok mok pese, walau jauh duk tempat ore, jange lupa Tuhe, agama Isle".
Mula- mula masuk USM lagi dah ajak S/U sambung master kat sana, s/u seorang yg kuat main, mujur dpt masuk UMT pun...mujur, dalam kelas depan2 cikgu zaiki yg suara mcm rimau pon tido jgk.. Tahniah la kepada Nor Hisan kerana menduduki rangking kedua pelajar cemerlang dan menaikkan Nama SEMEKAR STPM 2008.
Untuk pengetahuan sahabat ALUMNI semua, Nor Hisan telah mendapat Pointer 3.67. stpm 2008.
"saya bahagia melihat orang bahagia, apatah lagi Pokloh yang memberi semangat untuk sama2 study, Pokloh dan Chan selalu membantu saya. mereka berdua baik dan tidak lokek ilmu. semuga mereka berdua dberkati" ujar NorHisan

PENGALAMAN INDAH DI PULAU BIDONG- Hafiz UMT

Saya begitu gembira setelah balik dari pulau bidong. rugi kepada mana mana universiti lain di malaysia selain UMT sahaja mewajibkan semua pelajar tahun SATU menyertai survival laut di pulau UMT iaitu bidong island.

Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi. ke Bidong-- Hafiz Aziz
Pengalaman yang tidak dapat di beli dimana mana kedai, itulah yang terucap dari mulut sahabat Alumni pelajar Ekonomi Umt dengan teruja dan puas hati bercerita kepada Penulis. namun satu ribut dasyat sehingga menghancurkan 10 butir khemah mereka. namun meraka dapat melihat pusat menetaskan telo penyu.. kami begitu galok dengan aktiviti di sana, walaupun tak sempat mandi 3 hari pun, ada juga kawan yang muntah sebab mabuk laut, lembik dan yg menangis pun ado.. huhu..
"kwe sendiri pun pucat tapi tak la pucat putih, tapi saya smakin hangus sebab panas, " ujar hafiz
Saya takkan melupakan saat di bidong, tambahnya lagi. Penulis sendiri akan kebidong pada hari ahad (esok).. pelajar kaunseling pegi akhir skali sebab mereka anak emas UMT, jurusan kaunseling adalah kos spesial di UMT... doakan selamat pergi dan kembali.
"timo kasih pado pokloh di upsi kerana menjaga Chan dengan baik selama peninggalan sayo" seru Hafiz
-ALLAHUAKHBAR-

Tuesday, September 29, 2009

ABDULLAH SIDEK PELAJAR BERIMAN- Guru Smkr


EN ZAIKI ISMAIL- Guru Sejarah smkr

Berkat masin doa cikgu cikgu adalah rahsia kejayaan Tokoh Pelajar Smkr 2008 berjaya mencipta kejayaan sampai keperingkat yang lebih tinggi. Salah seorang guru sejarah yang pernah mengajar Abdullah iaitu cikgu zaiki, berkata, kita susah untuk mendapat ganti seorang pelajar seperti Abdullah, ia merupakan kehilangan kepada sekolah, kemesraan beliau dengan adik adik junior dan hormat yang tinggi pada guru guru menyebabkan warga semekar rasa kehilangan pelajar yang soleh setelah Abdullah ke UPSI. Kami guru guru sayang pada Pokloh, tambahnya dengan nada yang sayu.
Disamping kecemerlangan beliau dalan akademik, sahsiah yang cemerlang menjadi identiti Pokloh, Guru Penolong Kanan 1 yang ditanya berkata " Pokloh adalah role model seorang pelajar cemerlang, bukan sahaja baik,beriman, bertaqwa, zuhud, tawadduk, rendah diri, tidak pentingkan harta dunia, berbudi bahasa, lemah lembut dan bertoleransi dengan semua orang,"
tambah En Zainuddin Salleh " kita doakan Pokloh berjaya menjadi insan hebat suatu hari nanti, ciri- ciri yang ada pada pokloh menjadi inspirasi kepada semua pelajar.

Sunday, September 27, 2009

PENGISIAN YANG BERMANFAAT CUTI SEMESTER INI- Abdullah Sidek


TIMBALAN YDP ALUMNI SMKR- ABDULLAH SIDEK

Lebih kurang satu bulan 2 minggu sahaja lagi IPT akan tutup semester, ramai rakan rakan akan berada di kampung masing-masing, cuti yang agak panjang sudah tentu memberi peluang untuk bekerja, berehat, melancong atau bersama keluarga dan masyarakat. Bagi rakan ALUMNI kita telah menerima cadangan agar melaksanakan program untuk mengisi masa sek2 kito.hari raya korban juga pada cuti semster, sudah tentu kita ingin berjumpa semua kawan kawan.

CADANGAN AKTIVITI BERSAMA ALUMNI CUTI SEM INI

1- JAMUAN ALUMNI AIDILADHA
2-BERKELAH DAN MENDAKI DI BUKIT KLUANG
2-RIADAH DI AGRO RESORT
3-PESTA MEMANCING ALUMNI DI MANA2 PANTAI@SUNGAI
4- BBQ di Panggong kg Bintang, menjejak alam ke Batu Gajah. EKSPIDISI
5- KULIAH ADDINIAH FALAHIAH SETIAP JUMAAT (lelaki)

SILA NYATAKAN kehendak anda diruangan PESANAN KAWAN!!! Kita akan buat aktiviti ini dalam cuti sem tak lama lagi. yang penting lepas final exam kita dapat berreleastantion apatah lagi bersama kawan2 ALUMNI. Tentu anda semua tidak sabar lagi untuk bersama sama balik bercuti di kampung setelah mengerah otak blaja dan bekerja. insyaallah azam untuk keluar ALUMNI
- ALLAHUAKHBAR-

ALUMNI MENJALINKAN KEAKRABAN

Saturday, September 26, 2009

GENG GENG ALUMNI BERAYA

BERAYA SAKAN SAMPAI TERLUPA CUTI RAYA DAH HABIS. KONVO aidilfitri yang di ketuai oleh POKLOH begitu padat dengan program. ramai rakan2 yang ditemui. setiap pelosok kampung di ziarahi. rumah kawan2 hampir penuh di kunjungi. namun ada juga rumah yang tak sempat kto g rayo smula lah. POKLOH di ikuti bakal KETUA PELAJAR SMKR 2010 NAJAH, bakal ketua pengawas, PIJA, AMIR UM, AMIR UMP, SAIPO UUM, ZULKIFLI, \
BBQ dirumah najah bersama BURHANUDDIN, JIJE, HAFIZBUYA, HAKIM. ARIFUDDIN DAN ramai lagi...................
HARI saat akhir. konvo kerumah LAN tp beliau tiada dirumah, mandi pula di pantai budu, makan roti cana keda mokye, misup air tawar.. cuci mata di lato bulat, makan bekwoh rmh bkl mertua pokloh d pondok nyamuk. kerumoh terbuko YB NAWI..

kenangan aidilfitri ini

pokloh telah bermalam dirumah ustaz hassan untuk bersama sama najah bagi membuat persiapan BBQ alumni. program berlaku pada raya ketiga. kelihatan gambar turut terpapar gambar wajah Amir Sidi dari UM, Hakim dari UMS dan diatas sofa itu Hafiz Selasih. dari belakang Pokloh berkopiah putih sedang menikmati nasi ayam bakar. hidangan kami juga pada malam itu adalah nasi goreng spesel dari chef UiTM Jengka, Burhanuddin Hj Daud. hadir sama Jije dan Arifuddin UiTM. Pada petangnya kita telah menempah ayam yang di beli oleh Pija Bunga, tetapi tidak cukup lalu sekali lagi pergi beli ayam di bukit jeruk. S/U ALUMNI SMKR mengucapkan terima kasih kepada najah kerana sudi menjadi tuan rumah untukmajlis alumni tersebut. ALLAHUAKHBAR!!!!!

KETENTUAN ALLAH KITA BERPELUANG..

setiap dari kita adalah pemimpin dan kita akan akan dipertanggungjawab atas apa yang kita pimpin

SEMUA WAKIL UNIVERSITI BERSAMA ALUMNI


RAYA BERSAMA di UPSI


WAHIDAH,UYU,ANING,MAZLIA
SELAMAT HARI RAYO UPSI- ALUMNI SMKR

Saturday, September 12, 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT

Ayah pernah berpesan,Adik jadilah orang berguna, bahagia hidupmu, Ibu menambah, carilah ilmu wahai adik, selamat perjalanan mu. menyingkap satu sorotan anak desa lahir di suatu daerah dilema menyusuli segala kepayahan dalam mencari makna kehidupan.
Disini baru sekarang aku mengerti betapa bermakna kata kata ayah, betapa keramat pesanan ibu. SEMEKAR, itulah suatu nama mekar yang harum seumpama harum anak didik yang pernah dilahirkan disini. SEMEKAR mengharum ditiap hati. sebuah sekolah menengah harian biasa, guru biasa, bangunan usang, asrama desa, jauh di luar bandar terletak di Kampung Renek. Namun.....................................
SEMEKAR, namamu mu mekar dihati kami yang pernah sebumbung dan sebangku menitih cebisan ilmu disini sehingga kami disaat ini...
SEMEKAR, namamu mekar dihati kami kerana cikgu pernah berkata, Sekolah Itu Mulia, di laman semekar kami pernah diajar tulis baca sehingga kami mengenal dunia.
SEMEKAR, namumu mekar di hati kami yang pernah terdidik disini

PENCETUS ALUMNI SEMEKAR D UPSI

Kepada bakal-bakal cikgu dari UPSI merangkap exco- exco dan ahli ALUMNI SEMEKAR menjadi penggerak dan pendokong dalam pemantapan ALUMNI SMKR. anda adalah aset yang bernilai dalam menerajui organisasi ini. manfaatkan ilmu yang di beri ALLAH untuk sama sama berkongsi dengan seluruh rakan dan saudara lain. seluruh warga ALUMNI SMKR, guru-guru, masyarakat sentiasa mengharapkan sumbangan tenaga intelek anda untuk memacu masyarakat yang berilmu dan mencapai ketamadunan insanian dan lahiriah. Kerjasama anda selama ini dalam ALUMNI telah banyak memajukan pergerakan dan perkembangan kita.

Friday, September 11, 2009

AKHIR RAMADAN BERSAMA ALUMNI DI UDM

Wakil dari UMP,UMT dan UDM InsyaALLAH akan mngadakan mjlis berbuka puasa bersama bagi meraikan ALUMNI di akhir ramadhan ini. majlis bertempat di perkarangan Masjid UDM. wakil ALUMNI dari UMP, saudara Tg Mohd Muaz Tg Zakaria. Dari UMT, ariff, hafiz, dan dari UDM, Shaili Mazlan...

Wednesday, September 9, 2009

BERITA DARI UUM,,, TQ

JOM BUKOK POSO,, CERIO BLAKO. HUHU

KELUARGA ALUMNI SEMEKAR D UUM

ALUMNI SEMEKAR MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SAHABAT DI UUM


semoga berjumpa di Hari Lebaran tahun ini,, semua ahli dan bakal ahli dari
UMT: ARIFF, HAFIZ, YUNI
UPSI: POKLOH, AZIRA, ANI, MAZLIA, AISHAH
USM: NOR HISAN
UUM: ABG HASFAR, SITI, UDIN, SAIPOL, POKJU, DAN KAKAK2 SEMUA
UTM: SUKRI
UM: AMIR SIDI AHMAD, SYED NUROLIQ
UMP: AMIR, MUAZ
UiTM: BORHAN, ARIFUDDIN, HASNI DLL

TAHNIAH kepada wakil ALUMNI UUM, junior dan senior


Terima kasih kepada anda semua kerana telah menunjukkan kesepakatan di perantauan UUM. saudari siti pasihah selaku wakil editor alumni dari UUM kerana telah mengadakan majlis berbuka puasa bekas pelajar SEMEKAR di UUM,,,

Tuesday, September 8, 2009

bilakah masa kita boleh bertemu kawan alumni

majlis seperti IDILFITRI,
IDILADHA,
CUTI SEMESTER,
MAJLIS LAWATAN KESEKOLAH,
REHLAH, BBQ,
SUMBANGAN KECEMERLANGAN,,, DAN PELBAGAI LAGI UNTUK MENGISI MASA KETIKA KITA BERCUTI DARI IPTA masing-masing, alumni tidak membebankan, tidak mencuri masa anda, bahkan untuk mengisi program secara bersama sama itulah hasrat ALUMNI. soal kewangan?? soal pengurusan?? pembahagian tugas?? mesyuarat. itu semua kita perkemaskan dari masa ke semasa.

Monday, September 7, 2009

KEM SPM 2009 AGRO RESORT

EMEL SETIAUSAHA.. SILA LAYARI

ariffmustafa89@yahoo.com

APAKAH ITU ALUMNI SEMEKAR??

menyingkap serba sedikit tentang latar belakang penubuhan ALUMNI SEMEKAR..
Timbul persoalan,,, bila? siapa? untuk apa?
adakah suatu yang direka reka saja saja suka suka. buang masa.. leceh ah..
siapa penaung? berdaftar ker? wajib sertai ke?
kumpulan atau pertubuhan, di bawah apa, NGO, Sekolah atau ada motif politik?? taknak ambil tahu lah, saya sibuk lagipun benda semua tak penting kot bagi saya. kena bayar yuran?? sori la.
inikah persepsi terhadap ALUMNI SEMEKAR.. Jangan jadi kacang lupakan kulit. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
INILAH SATU ORGANISASI YANG AKAN MENJADI BATU ASAS KEGEMILANGAN SEMEKAR YANG MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG HARI INI
MARI KENALI ALUMNI SEMEKAR

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU ALOR SERDANG- KG S/U ALUMNI

TIAP-TIAP SAYA AKAN BALIK KERUMAH BERPUASA DENGAN KELUARGA DAN ORANG KAMPUNG,, SAYA BELAJAR DEKAT JER.. JANGAN JELES YE YANG TAK DAPAT BALIK RUMOH SOKMO..

MANA YANG SEJATI DI AKHIR ZAMAN???

LELAKI ACUAN ALQUR'AN IALAH SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
YANG HATINYA DI SALUT RASA TAQWA PADA ALLAH
YANG SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
YANG SENTIASA DAHAGA DENGAN PAHALA
YANG TIDAK PERNAH TAKUT BERKATA BENAR
YANG TIDAK GENTAR MELAWAN NAFSUNYA

LELAKI ACUAN ALQURAN ADALAH LELAKI YANG MENJAGA TUTUR KATANYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DIMILIKINYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DICARINYA
YANG SENTIASA BERBUAT KEBAIKAN KERANA SIFATNYA YANG PELINDUNG
YANG MEMPUNYAI RAMAI KAWAN, DAN TIDAK MEMPUNYAI MUSUH YANG BERSIFAT JEMBALANG
LELAKI ACUAN ALQURAN ADALAH LELAKI YANG MENGHORMATI IBUBAPANYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA ORANGTUA DAN KELUARGANYA
YANG BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAH TANGGA
YANG BAKAL MENDIDIK ANAK MENDALAMI AGAMA ISLAM
YANG MENGAMALKAN HIDUP PENUH KESEDERHANAAN
KERANA DUNIA BAGINYA ADALAH RUMAH SEMENTARA MENUNGGU AKHIRAT
LELAKI ACUAN ALQURAN SENTIASA BERSEDIA UNTUK AGAMANYA
YANG HIDUP DIBAWAH NAUNGAN ALQURAN DAN MENCONTOHINYA
SIFAT SAIDINA ABU BAKAR ASSIDIQ
YANG BOLEH DIAJAK BERBINCANG DAN BERBICARA
YANG SUJUDNYA PENUH KESYUKURAN, DENGAN RAHMAT ALLAH KEATASNYA
LELAKI ACUAN ALQURAN TIDAK PENAT MEMBAZIRKAN MASA
MATANYA KEPENATAN KERANA KUAT MEMBACA
YANG SUARANYA LESU KERANA PENAT MENGAJI DAN BERZIKIR
YANG TIDURNYA DENGAN CAHAYA

Madah ALUMNI.....

"pengetahuan itu adalah perjuangan, bagi pemuda yang bercita cita tinggi,
seumpama banjir itu adalah perjuangan bagi suatu tempat yang tinggi"

BELIAU TIMBALAN YDP ALUMNI 2009-2010

JASAMU DIKENANG PEMBINA NEGARA BANGSA

Cikgu Zaiki adalah idola pokloh tahun 2008

PERISTIWA ALUMNI SEPANJANG 2008 2009


MAJLIS BELOH KEK SEBELUM G UNIVERSITI

terima kasih kepada MUAZ dari UMP, Siti Pasihah dari UUM, Azira uyu dari UPSI kerana telah memberikan respon ter awal kepada SETIAUSAHA ALUMNI

Ramadhan kali ini membuka satu sejarah baru dalam pelayaran hidup kita semua. jadikan ALUMNI yang kita bina bersama ini untuk satu platform anjakan bagi kesatuan kita. mulakan pada saat ini, segenap kelebihan dan kekuatan akan kita kumpulkan muga mendapat satu hasil yang dapat dijadikan amal suatu hari nanti. kepada sahabat jua walau dimana kita berada. kita tetap tidak terpisah dalam sillaturrahim. insyaALLAH. ALUMNI SEMEKAR ini bukanlah satu pertubuhan@persatuan untuk kepentingan sesiapa, tetapi jadikanlah ia bermanfaat. semangat seorang siswa siswi hendaklah secara berkumpulan, bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai kita jatuh, saya, sahabat, bekas pelajar semekar tercinta. sedarlah kita tidak mampu melalui hidup ini keseorangan,

kembalilah pada hakikat kejadian..
ALLAH menjadikan manusia berbagai untuk kita saling mengenali antara kita, dan Nabi pernah bersabda tidak sempurna iman kita selagi kita tidak mengasihi saudara seperti mengasihi diri sendiri.. ketepikan soal remeh temeh. latar belakang, pengalaman yang silap sebelum ini. teruramanya diri SETIAUSAHA yang telah banyak tersilap langkah suatu ketika dahulu. SALAM RAMADHAN.. SALAM 1 MALAYSIA

Sunday, September 6, 2009

khas dari S/U-

Usah dikira latar belakang, usah di takrif tentang perbezaan, kita semua sama bersaudara anak kampung yang lahir untuk mencari erti kehidupan, kta d takdir untuk bersama didaerah ini untuk mentadbir diri dan dunia sementara menunggu kembali ke pangkuan asal. Bangsaku, sahabat saudara seperjuangan. ayuh kikis perbezaan antara kita. mari kita bersama kukuhkan ikatan untuk apa jua cita-cita

PPU KE MELAKA-JOHOR 2008, POKLOH, HISAN, ARIFF, DAUF, APIH

SEGALANYA BERMULA DISINI


Salam alaikom. salam 1 malaysia. ISLAM THE WAY LIFE...

Saya ARIFF BIN MUSTAFA, ber

1000 KENANGAN DI SEMEKAR, BESUT

KISAH BERMULA... TAHUN 2002, MENJEJAKKAN KAKI KESEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK.