Saturday, October 10, 2009

DENGARLAH CERITA INI....

Cerita yang saya nak sahabat semua tahu ini adalah cerita tentang realiti kehidupan yang sebenar. dari mana kita datang dan kemana akan di bawa selepas ini. hidup di dunia ini adalah alam ke3 dalam kronologi hidup manusia.
selepas ini kita akan mati dan hidup yang tidak akan mati mati lagi.
Ulama Tasauf mengajarkan ada EMPAT hukum waktu yang akan ditanya kepada kita kelak. masa yang ALLAH berikan kepada kita adalah suatu medan yang luas, didalam perjalanan masa itu akan berlaku perkara yang telah ditentukan ALLAH.
Telah kering tinta lembaran yang tercatat di Luh Mahfuz. Rezeki telah ALLAH tentukan segalanya. setiap yang berlaku sedetik adalah dengan kuasa ALLAH, setiap detik ALLAH dalam urusannya. Manakala manusia setiap detik berlawan dengan nafsu. Dunia adalah penjara bagi orang mukmin. sabar dan syukur itu adalah manusia yang diredoi. bayangkan Penghulu manusia Rasulullah saw tidak pernah hidup mewah, baginda tidak lena tidur jikalau ada makanan yang berbaki di rumah, baginda bimbang jikalau ditanya ALLAH. ULAMA datang adalah untuk mengajarkan:

1/3= beribadat
1/3=bekerja@ menuntut ilmu
1/3=berehat@bersama keluarga

No comments:

Post a Comment