Friday, October 9, 2009

PUTARAN KEJAM ZAMAN UNIVERSITI...

Saya ingin berkongsi tentang satu artikel yang di tulis oleh Presiden PKPIM tentang fenomena yang melanda pelajar di IPTA di Malaysia. Hari ini adalah kesan hari kelmarin
"PUTARAN KEJAM" adalah satu keadaan yang mengancam dan telah pun menampakkan impak negatif kepada mahasiswa/i... dalam erti kata lain kejutan budaya ini telah pun mengorbankan jatidiri pelajar. ia berlaku secara tidak sedar berpunca daripada pergaulan bebas di Universiti, faktor utama penyebab hilang maruah insan adalah kerana tidak ada subjek agama didalam sukatan pelajaran di Universiti.
Setiap yang datang ke Universiti hanyalah berbekalkan pegangan Agama yang di didik oleh ayah dan ibu semasa di rumah. tapi kerana tidak lagi belajar agama di Universiti, agama semakin terpencil, jiwa remaja makin gersang, siswa/i makin longlai dan mula menggadaikan masa depan....
Sebelum masuk U.. selalu cium tangan ayah ibu sebelum pegi skolah, ayah bagi sringgit, mak pesan " adik belajar rajin2 ya, nanti berjaya".. besar sikit masuk asrama, ustaz nasihat, Agama jangan tinggal, ingat ALLAH setiap masa, solat jangan tinggal.. maksiat dan dosa hendaklah jauhi.. jaga maruah diri.. ingat tempat kembali sebenar. Tapi sekarang Universiti, masing2 punya crita, halal haram, dosa pahala tak siapa boleh tegur... tak siapa peduli lagi, kawan2 pun sama2 satu kepala, tak pernah nak bimbing agar menjaga agama..
Sembahyang pun kadang2... seolah olah ALLAH tidak nampak apa yang kita buat, yang penting aku dapat 4.00, anugerah dekan. dapat ijazah, dapat sambung master, phd dan dapat kan kerja yang bergaji beribu ribu..... aku adalah pelajar yang cemerlamg, aku graduan. besar nanti dpt beli kereta besar, rumah besar, balik kampung tayang kat masyarakat, INILAH KEJAYAAN!!!!!!!!!
TAPI, masjid aku tak kenal, surau jauh sama skali, baca Quran tak pandai, mak ayah mati pun upah orang suruh baca yassin kat rumah , apatah lagi nak doakan ayah ibu setelah mereka mati...

No comments:

Post a Comment