Friday, October 23, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 H...



SUBHANALLAH....WALHAMDULILLAH...ALLAHUAKHBAR!!!!

Salam berbahagia kepada seluruh sahabat Rakan Siswa di seluruh Tnah air Mlaysia tercinta, salam ceria kepada rakan Usrah kg Bintang, Salam kerinduan kepada Pelajar Madrasatu Ta'alim wa Tarbiyyah, Jabi. dan Salam berjuang kepada saudara2 adik2ku di Tanah Iraq, Iran, Afghan, Palestin, Chehnya, Thai. SELURUH DUNIA. Teruskan perjuangan meraih Syahid fi sabilillah, meraih kemuliaan disisi RABBI dan SYURGA yg TINGGI. insyaALLAH

"Hal-hal harta keduniaan, ramai orang yang serba kekurangan berbanding kamu, hal-hal ukhrawi ibadat, ramai orang yang lebih bnyak drpda ibadat berbanding kamu"

Pernahkan suatu hari yg sihat kamu berjalan dgn kaki yg diberi pinjam oleh ALLAH.. KAMU BERJALAN ke seluruh rumah jiran di kampung, bertanya khabar, ziarah. Pernahkah kamu membawa makanan yang kamu makan untuk berkongsi makan dengan fakir miskin dan anak yatim yg kelaparan... pernahkan kau cukupkan keperluan anak2 saudaramu yang meminta bantuan??? pernah kah kamu nasihat kan org yg terlantar sakit agar bersabar dan igt pada ALLAH...

WAHAI DIRI YG LALAI...
Kamu juga akan miskin di mahsyar
kamu juga akan sakit ketika sakaratul maut...
kamu juga akan haus dan lapar......
kamu akan menangis seoranng diri di kuburmu nanti

Sunday, October 18, 2009

TAHNIAH KERANA DAPAT MENERUSKAN SEMESTER BARU...


assalamualaikum... salam ukhuwah islamiah,
Rakan siswa yg berbahagia, ALHAMDULILLAH kpd Tuan Punya dunia kerana masih mempertemukan kita dalam ALUMNI SEMEKAR.
Rakan Siswa sekalian,
Nabi ada menganjurkan kita agar
1- jadilah kamu org alim
2-jadilah kamu orang yg belajar
3-jadilah kamu org yg suka mndengar mjlis ilmu
4-jadilah kamu org yang cinta/syg pd ilmu dan org alim
dan jangan kamu jd yg ke-5, CELAKALAH!!!

Luqman Al Hakim berpesan kpd anaknya;
"wahai anakku, rapatilah majlis alim ulama dan rapatkan kedua dua lutut kamu (istiqamahlah) dalam belajar...

SEDIKIT FOTO KENANGAN CUTI SEMESTER LEPAS....mari lihat

Wednesday, October 14, 2009

AKU DAN USIA.....................................


REMAJA...........ZAMAN TERINDAH. ZAMAN KEGEMILANGAN KEMUNCAK INTAN BERLIAN.
REMAJA... kamu adalah intan berlian yang dirindui oleh ISLAM.

pENULIS baru sahaja mendapat satu ilmu yang paling bermakna untuk diceritakan sebagai panduan untuk sahabat alumni semua..
KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA SEKARANG.. APA PUNCANYA???
penulis dan sahabat dari usm telah berkongsi rasa sedih melihat fenomena kemanusiaan sekarang, apatah lagi zaman remaja yang terhebat ini. apa erti pembangunan tapi kemanusiaan hancur??? Bangga sangatkah manusia apabila digelar pelajar kolej, universiti, maktab, politeknik..... pandang sebelah mata saja pada budak2 skolah pondok, tahfiz.... tak standard la.
waraknya bila berkopiah,bersongkok, bertudung mcm ustazah la pulok... INILAH AYAT2 YG PERLU DIKAJI KESANNYA KPD IKLIM GENERASI KITA.

PERTAMA.. hidup rasa rimas bila kita perlekeh ilmu agama. jiwa tak tenang. ibadat dah tak rasa manis.. saya tetap akan mengatakan walauapapun yg kta buat. mesti ingat ALLAH, zikir selalu.
kalu rasa malas sujud 5 waktu yang wajib buat bumi lain, jgn sedut udara ALLAH, jgn duduk atas bumi ALLAH.... SEBAB yang 5 inilah TIANG AGAMA, tak perlu tunjuk kad matrik, tak perlu tunjuk ijazah, master, phd, DR... kamu tidak layak untuk bercakap hebat kalu kamu yang meruntuhkan AGAMA ALLAH.
REMAJA ISLAM YG TAK SOLAT.....
Kamu lebih hina drpada anjing kurap, ALLAH akan laknat manusia yang berani meruntuhkan AGAMA ISLAM... Dasar tidak kenal diri, mana2 yang sanggup lalaikan solat adalah manusia2 yang akan CELAKA... MEMANG AKAN CELAKA. ALLAH TELAH MEMUTUSKAN TUNGGULAH kecelakaan bagi mereka yang berat kepala untuk solat.

Monday, October 12, 2009

STUDY WEEK DAH BERMULA.........

Belajar tak berapa hari lagi dah nak cuti semester satu... final exam pun dekat doh..
kita buat rilek jer, jawab jer soalan yang keluar... insyaallah dapat cemerlang. yang penting study dengan bijak.. bukan banyak. sikit2 tapi kalau hati terang dapat sama jer. ilmu dia nak lekat mudah dengan org2 yg bersih hati. bergantung pada ALLAH.. bukan hati gelap senang2 nak dapat ilmu....
solat sunat dhuha penting, bangun malam.. solat hajat... doa. tu lah yng paling penting saing saing sekalian, kalau stakat usaha gila2 tapi bergantung bulat2 pada usaha itu, tak berapa nak berkat la.... ALLAH suruh kita hinakan diri dan minta denganNYA,,, dia pengurnia yng besar.. luas kurniaannya...
dua minggu lagi dah ada yang tamat final exam. rumah sapo ado nak korban lembu rayo ni???? selamat berjumpa di hari raya.........

Sunday, October 11, 2009

KEMANAKAH ANAK MUDA REMAJA??

Adakah kau lupa, ISLAM pernah berjaya.. memerintah 2/3 dunia. keimanan dan ketaqwaan rahsia kita capaai kejayaan.

kejayaan sebenar adalah dapat beribadat kepada ALLAH tepat pada waktu nya.. tidak diliut oleh musuh yang nyata (syaitan)..
SEDIH.........sedih sungguh hari ini kalau ke masjid dan surau untuk solat berjemaah, saya pasti tertanya tanya dimanakah kawan2 seusia saya.. kenapa mereka tidak ada dalam saf untuk sama2 sujud pada ALLAH, tak perlu solat sunat, solat fardhu yang wajib macamana, kat mana mereka solat? sedangkan semua remaja sihat, kuat, nak datang solat dengan macam2 kenderaan, motor, kereta!!! SEMUA HEBAT. datang bersujud hanya 10 monot pun takkan tak larat.. program lain semua datang, program ALLAH ramai yang berani ponteng... inilah satu krisis keyakinan akidah!!!!!!!!!!! buat kerja seolah2 ALLAH tdk ada, suruhan ditinggal, yang haram diamal... semua nak buat perkara yang nampak untung didunia, pahala di akhirat baru bernilai, remaja tak nampak. ALLAH akan tanya hal masa muda kemana kamu habiskan?? dan anak muda yang akan mendapat naungan arasy adalah yang membesar dalam ibadah kepada ALLAH SWT

JOM SOLAT... CARILAH KETENGAN ABADI..(",)

Saturday, October 10, 2009

KU POHON RESTU AYAH BONDA

KEBAHAGIAAN HIDUP anak2 adalah di bawah redho ALLAH, dan ALLAH tidak redho jika ibu ayah tidak redho. syurga di bawah tapak kaki ibu. anak yang sedar diri akan sentiasa =ingat ibu ayah. sedar akan asal keluarga, tidak sombong dengan manusia bahkan redho dengan ketentuan takdir.
anak yang soleh akan sentiasa ziarah ibu, tanya khabar ayah walau berjauhan. anak yang sedar diri akan balik untuk bersama mengembirakan hati ibu ayah, tidak lupa daratan, tidak angkuh dengan pendidikan yang ada. nasihat ayah adalah untuk anaknya selamat disini dan disana.
Kebahagiaan hidup jika kita membahagiakan hati orang tua, ayah ibu bukan bebanan semasa didunia. dia melahirkan kita sehingga bertarung nyawa. menjaga tanpa pilih kasih. berkorban apa saja asalkan along... angah... achik... ateh, kakak dan memastikan hidup yang sempurna untuk anaknya.

kasih ibu membawa kesyurga............
renungkanlah wahai sahabatku, sedarlah diri kita yang ada kewajipan kepada ibu ayah. kemana kita nak tunjuk lagak kita??? siapa kita??? anak soleh atau anak drhaka?? tak mencium syurga kita jika ibu terguris sedangkan kita rasa malu untuk tundukkan kepala minta ampun dengan ayah ibu.. hinakah ayah kita seorang petani tua, hinakah ibu kita seorang perempuan tua yang sedang menghitung hari untuk pergi buat selamanya, meninggalkan anak2nya yang masih lagi tergila-gila dunia... tercari cari pangkat,harta sebesar besarnya. Ibu dengan linangan air mata dari jauh merintih... aduhai anakku, aku mampu menjaga kamu semua, tapi kamu semua tidak mampu menjaga ibu seorang...
ibu ayah selalu merindui mu anak... ayahmu sudah uzur, sudah lewat usianya. adakah kita berkeluarga di dunia ini dan tidak mahu lagi berkeluarga bersama sama di akhirat sana??

AYAH MENINGGALKAN WASIAT......................
" JGN TGGL SOLAT WALAUPUN APA KEADAAN, BACALAH ALQURAN DAN TUNTUTLAH ILMU YANG BERMANFAAT....."

DENGARLAH CERITA INI....

Cerita yang saya nak sahabat semua tahu ini adalah cerita tentang realiti kehidupan yang sebenar. dari mana kita datang dan kemana akan di bawa selepas ini. hidup di dunia ini adalah alam ke3 dalam kronologi hidup manusia.
selepas ini kita akan mati dan hidup yang tidak akan mati mati lagi.
Ulama Tasauf mengajarkan ada EMPAT hukum waktu yang akan ditanya kepada kita kelak. masa yang ALLAH berikan kepada kita adalah suatu medan yang luas, didalam perjalanan masa itu akan berlaku perkara yang telah ditentukan ALLAH.
Telah kering tinta lembaran yang tercatat di Luh Mahfuz. Rezeki telah ALLAH tentukan segalanya. setiap yang berlaku sedetik adalah dengan kuasa ALLAH, setiap detik ALLAH dalam urusannya. Manakala manusia setiap detik berlawan dengan nafsu. Dunia adalah penjara bagi orang mukmin. sabar dan syukur itu adalah manusia yang diredoi. bayangkan Penghulu manusia Rasulullah saw tidak pernah hidup mewah, baginda tidak lena tidur jikalau ada makanan yang berbaki di rumah, baginda bimbang jikalau ditanya ALLAH. ULAMA datang adalah untuk mengajarkan:

1/3= beribadat
1/3=bekerja@ menuntut ilmu
1/3=berehat@bersama keluarga

Syukur betol duk dekat..

MOHD AL-AMIN OTHMAN adalah pelajar tahun satu DIPLOMA PERIKANAN UMT.

Seorang bekas pelajar semekar spm tahun lepas menyatakan hati yang gembira kerana telah menjadi seorang mahasiswa umt... lebih seronok lagi sebab dapat balik kampung setiap minggu..
"saya dan Ariff kaunseling akan balik kerumah setiap hari khamis dan datang semula ke umt pada pagi ahad.. kami tidak rasa berjauhan daripada keluarga tercinta,. suasana di kampung memberi ketenangan yang amat berbanding iklim di kolej"
Di kampus, kami tinggal serumah dengan Ariff dan Hafiz felda selasih.
minggu ini adalah minggu terakhir kami di sini, semester 1 akan tamat, barang2 dah diangkut balik, datang cuma nk jawab final exam.. study week kami lebih selesa buat dirumah saja. di kampus tak dapat focusla ramai orang macam2 ragam ada. serabut mata memandang... cina melayu india siam tokpek sama saja... seksi2 pulok tu, mana tahan....
pening pallo lar... sedap duk rumoh la..

Friday, October 9, 2009

SALAM PERTEMUAN

(ABDULLAH DAN NORHISAN
TIMB YDP DAN EXCO AKADEMIK ALUMNI

Takdir ALLAH mengatasi segalanya, pertemuan dan perpisahan kerana ALLAH akan mendapat rahmatNya. dua orang sahabat ini adalah insan yang pernah mengharumkan nama semekar kerana kesungguhan mereka dapat cemerlang akademik. Namun tim ydp kini sedang giat berblog di upsi, manakala norhisan sedang berbisnes di usm, apapun s/u mengucapkan tahniah dan ssemuga berjaya.

GRADUAN KERDIL UMT

WALAUPUN fizikal kakak agar kerdil daripada rakan rakan namun ia tidak pernah mematahkan semangat untuk belajar sehingga kakah dapat memegang dan buat balik segulung ijazah, kekurangan kakak dijadikan pembakar semangat adik2 yang normal untuk capai yang terbaik. Selama 3 tahun kakak di UMT tidak pernah rasa putus asa, ayuh adik2 junior di UMT dan mana2 Universiti, belajarlah sungguh, yang penting Agama Didahulukan. ALLAHUAKHBAR

MAJLIS BRITHDAY PENGETUA


Tuan pengetua sedang membelos kek harijadi beliau semasa di dewan semekar. bersempena dengan itu juga turut diadakan sambutan hari kokurukulum SEMEKAR... kelihatan pn Carlota Carlito di sebelah kri dan beberapa jurufoto dari kalangan guru sedang shot kamera..

PUTARAN KEJAM ZAMAN UNIVERSITI...

Saya ingin berkongsi tentang satu artikel yang di tulis oleh Presiden PKPIM tentang fenomena yang melanda pelajar di IPTA di Malaysia. Hari ini adalah kesan hari kelmarin
"PUTARAN KEJAM" adalah satu keadaan yang mengancam dan telah pun menampakkan impak negatif kepada mahasiswa/i... dalam erti kata lain kejutan budaya ini telah pun mengorbankan jatidiri pelajar. ia berlaku secara tidak sedar berpunca daripada pergaulan bebas di Universiti, faktor utama penyebab hilang maruah insan adalah kerana tidak ada subjek agama didalam sukatan pelajaran di Universiti.
Setiap yang datang ke Universiti hanyalah berbekalkan pegangan Agama yang di didik oleh ayah dan ibu semasa di rumah. tapi kerana tidak lagi belajar agama di Universiti, agama semakin terpencil, jiwa remaja makin gersang, siswa/i makin longlai dan mula menggadaikan masa depan....
Sebelum masuk U.. selalu cium tangan ayah ibu sebelum pegi skolah, ayah bagi sringgit, mak pesan " adik belajar rajin2 ya, nanti berjaya".. besar sikit masuk asrama, ustaz nasihat, Agama jangan tinggal, ingat ALLAH setiap masa, solat jangan tinggal.. maksiat dan dosa hendaklah jauhi.. jaga maruah diri.. ingat tempat kembali sebenar. Tapi sekarang Universiti, masing2 punya crita, halal haram, dosa pahala tak siapa boleh tegur... tak siapa peduli lagi, kawan2 pun sama2 satu kepala, tak pernah nak bimbing agar menjaga agama..
Sembahyang pun kadang2... seolah olah ALLAH tidak nampak apa yang kita buat, yang penting aku dapat 4.00, anugerah dekan. dapat ijazah, dapat sambung master, phd dan dapat kan kerja yang bergaji beribu ribu..... aku adalah pelajar yang cemerlamg, aku graduan. besar nanti dpt beli kereta besar, rumah besar, balik kampung tayang kat masyarakat, INILAH KEJAYAAN!!!!!!!!!
TAPI, masjid aku tak kenal, surau jauh sama skali, baca Quran tak pandai, mak ayah mati pun upah orang suruh baca yassin kat rumah , apatah lagi nak doakan ayah ibu setelah mereka mati...

Tuesday, October 6, 2009

PELIKNYA NAMA SEKOLAH KITA.....

(gambar hiasan)

RENEK?? Macam pokok yang renek renek tu ke? atau kecik.... pendek pendek. hahaha
Kalau orang tanya, memang ramai yang malu nak jawab... dulu sekolah kat mana??
sekolah renek... hee.kerdilnya nama. lekehnye nama. BETULKAN kawan Alumni semua.

DISEBALIK NAMA......
Penubuhan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT. telah dirasmikan oleh Saudara Anwar Ibrahim pada tahun 1985. Mula di Panggil SEMEKAR. Namun apalah yang dapat dibanggakan dengan nama, tapi yang di nilai adalah hasilnya yang telah melahirkan manusia yang beguna semekar bunga yang mekar.

Monday, October 5, 2009

SELAMAT DATANG KE ALUMNI SEMEKAR


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK KERANA TELAH MELAYARI LAMAN ALUMNI SEMEKAR. LAMAN INI DI TUBUHKAN UNTUK TUJUAN MENYATUKAN SEMUA BEKAS PELAJAR SMKR.

ABDULLAH SIDEK SAAT- (Ketua Pelajar 2008)

Kita telah pun menubuhkan Alumni ini secara tidak rasmi pada Ogos 2008, Pn. Faridah Akmal selaku Penasihat. Asasnya kami mulakan bersama rakan sekelas dan perhatian awal oleh pelajar Tingkatan 6 2008. Exco yang di dahului oleh YDP Alumni telahpun berjaya menjalankan pelbagai aktiviti peringkat awal penubuhan,
Sekarang ini, kita mahukan semua bekas pelajar mengetahui adanya alumni ini secara tidak rasmi dahulu. Saya telah pun berbincang sedikit dengan Cikgu Syarizan Kaunselor SMKR dan beliau sarankan agar A;lumni Semekar ini di DAFTARKAN secara rasmi.
Saya melalui rakan Alumni sedang menunggu maklum balas daripada SEMUA BEKAS PELAJAR agar sentiasa memaklumkan dan melayari laman ini.
Insyaallah apabila ahli sudah ramai yang terkumpul kita akan usahakan untuk proses pengORGANISASIAN semula. Kami hanyalah Pemimpin bayangan sementara. kita mengharapkan Senior yang lebih berpengalaman menerajui ALUMNI SEMEKAR ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih..

Friday, October 2, 2009

TENTANG SAHABAT-s/u Alumni

MOHD AMIR SIDI AHMAD (9A SPM 2008)
ingat lagi saya... ustazah latifah selalu paggil beliau Doktor Amir!! beliau adalah Ahmad Amir Sidi, dari kg Oh.....oh..oh. S/U sudah memperhatikan Amir sentiasa belajar sampai lewat malam semasa di asrama tahun lepas. Beliau dengan NorHisan sama2 kuat, tidak kira waktu dan keadaan, menyedari asal diri mereka sentiasa berusaha keras untuk berjaya. tidak menghampakan harapan ayah ibu.kami hendak membalas jasa mereka suatu hari nanti. S/U juga agak rapat mengenali Amir. antara ramai pelajar lelaki di asrama Renek 2008, s/u dan amir selalu melagukan zikir munajat ketika di ats surau, kami merindukan untuk duduk bersama sama dan mengalunkan zikir mnyebut nama ALLAH, ia amat2 memberikan ketengan jiwa yang tidak dapat di cari di mana mana tempat. selepas solat magrib kita akan ajak semua untuk muhasabah diri, bertaubat, berzikir dan bertafakur kepada ALLAH. Saudara Amir Sidi kini belajar di UM asasi Sains.
dan sahabat ALUMNI SEMEKAR mengucapkan selamt maju jaya. Anda juga telah mengharumkan nama SEMEKAR SPM 2008.
"Saya bersyukur kerana ALLAH memberi kejayaan awal untuk sya teruskan cita2 dan mencari kejayaan dunia lebih2 lagi akhirat, saya juga berterima kasih kepada POKLOH selaku senior saya tahun lepas, Pokloh amat penyayang terhadap Chan." kata Amir
ALLAHUAKHBAR!!!

TENTANG SAHABAT-s/u Alumni

SAING BAIK NORHISAN
Senyuman manis seorang sahabat masih segar di ingatan ku.. pertemuan kita di suatu hari menitik kan ukhuwah yamg sejati bersyukur ku kehadrat ilahi diatas jalinan yang suci. namun kini perpisahan yang terjadi. dugaan yang menimpa diri, bersabar diatas suratan ku tetap pergi jua.

Kalau dulu Mohd Nor Hisan Bin Mohd Noor......... skrg Sarjana Muda Sastera USM
S/U Alumni sudah menyangka tentang kejutan yang akan dilakukan oleh Hisan, siapa pun boleh nampak tentang mereka yang akan berjaya. TEKUN sejak mula berada di 6A1. Tak suka tidur dalam kelas, kuat study malam, solat hajat yang berterusan tapi tdk sampai bengkak mata. dan yang penting beliau mudah untuk bergurau senda dengan kawan semasa di 6A1. kalau di asrama Abe Ise adlah Senior kesayangan ustazah, adik2 junior pun mudah bergaul dgn beliau, Ustazah Latifah pggil ABE ISE... ajar baca qur'an, dan rajin buat kijo tolong warden selain study. S/U sangat2 mengenali Norhisan sebab slama stahun kami hidup mcm keluarga di asrama. Saya akui sikap rendah diri beliau adalah rahsia kjyaan dan kberkatan hidup, sekarang beliau selalu pesan , "Ingat sokmo hok mok pese, walau jauh duk tempat ore, jange lupa Tuhe, agama Isle".
Mula- mula masuk USM lagi dah ajak S/U sambung master kat sana, s/u seorang yg kuat main, mujur dpt masuk UMT pun...mujur, dalam kelas depan2 cikgu zaiki yg suara mcm rimau pon tido jgk.. Tahniah la kepada Nor Hisan kerana menduduki rangking kedua pelajar cemerlang dan menaikkan Nama SEMEKAR STPM 2008.
Untuk pengetahuan sahabat ALUMNI semua, Nor Hisan telah mendapat Pointer 3.67. stpm 2008.
"saya bahagia melihat orang bahagia, apatah lagi Pokloh yang memberi semangat untuk sama2 study, Pokloh dan Chan selalu membantu saya. mereka berdua baik dan tidak lokek ilmu. semuga mereka berdua dberkati" ujar NorHisan

PENGALAMAN INDAH DI PULAU BIDONG- Hafiz UMT

Saya begitu gembira setelah balik dari pulau bidong. rugi kepada mana mana universiti lain di malaysia selain UMT sahaja mewajibkan semua pelajar tahun SATU menyertai survival laut di pulau UMT iaitu bidong island.

Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi. ke Bidong-- Hafiz Aziz
Pengalaman yang tidak dapat di beli dimana mana kedai, itulah yang terucap dari mulut sahabat Alumni pelajar Ekonomi Umt dengan teruja dan puas hati bercerita kepada Penulis. namun satu ribut dasyat sehingga menghancurkan 10 butir khemah mereka. namun meraka dapat melihat pusat menetaskan telo penyu.. kami begitu galok dengan aktiviti di sana, walaupun tak sempat mandi 3 hari pun, ada juga kawan yang muntah sebab mabuk laut, lembik dan yg menangis pun ado.. huhu..
"kwe sendiri pun pucat tapi tak la pucat putih, tapi saya smakin hangus sebab panas, " ujar hafiz
Saya takkan melupakan saat di bidong, tambahnya lagi. Penulis sendiri akan kebidong pada hari ahad (esok).. pelajar kaunseling pegi akhir skali sebab mereka anak emas UMT, jurusan kaunseling adalah kos spesial di UMT... doakan selamat pergi dan kembali.
"timo kasih pado pokloh di upsi kerana menjaga Chan dengan baik selama peninggalan sayo" seru Hafiz
-ALLAHUAKHBAR-