Saturday, October 10, 2009

KU POHON RESTU AYAH BONDA

KEBAHAGIAAN HIDUP anak2 adalah di bawah redho ALLAH, dan ALLAH tidak redho jika ibu ayah tidak redho. syurga di bawah tapak kaki ibu. anak yang sedar diri akan sentiasa =ingat ibu ayah. sedar akan asal keluarga, tidak sombong dengan manusia bahkan redho dengan ketentuan takdir.
anak yang soleh akan sentiasa ziarah ibu, tanya khabar ayah walau berjauhan. anak yang sedar diri akan balik untuk bersama mengembirakan hati ibu ayah, tidak lupa daratan, tidak angkuh dengan pendidikan yang ada. nasihat ayah adalah untuk anaknya selamat disini dan disana.
Kebahagiaan hidup jika kita membahagiakan hati orang tua, ayah ibu bukan bebanan semasa didunia. dia melahirkan kita sehingga bertarung nyawa. menjaga tanpa pilih kasih. berkorban apa saja asalkan along... angah... achik... ateh, kakak dan memastikan hidup yang sempurna untuk anaknya.

kasih ibu membawa kesyurga............
renungkanlah wahai sahabatku, sedarlah diri kita yang ada kewajipan kepada ibu ayah. kemana kita nak tunjuk lagak kita??? siapa kita??? anak soleh atau anak drhaka?? tak mencium syurga kita jika ibu terguris sedangkan kita rasa malu untuk tundukkan kepala minta ampun dengan ayah ibu.. hinakah ayah kita seorang petani tua, hinakah ibu kita seorang perempuan tua yang sedang menghitung hari untuk pergi buat selamanya, meninggalkan anak2nya yang masih lagi tergila-gila dunia... tercari cari pangkat,harta sebesar besarnya. Ibu dengan linangan air mata dari jauh merintih... aduhai anakku, aku mampu menjaga kamu semua, tapi kamu semua tidak mampu menjaga ibu seorang...
ibu ayah selalu merindui mu anak... ayahmu sudah uzur, sudah lewat usianya. adakah kita berkeluarga di dunia ini dan tidak mahu lagi berkeluarga bersama sama di akhirat sana??

AYAH MENINGGALKAN WASIAT......................
" JGN TGGL SOLAT WALAUPUN APA KEADAAN, BACALAH ALQURAN DAN TUNTUTLAH ILMU YANG BERMANFAAT....."

No comments:

Post a Comment