Tuesday, September 29, 2009

ABDULLAH SIDEK PELAJAR BERIMAN- Guru Smkr


EN ZAIKI ISMAIL- Guru Sejarah smkr

Berkat masin doa cikgu cikgu adalah rahsia kejayaan Tokoh Pelajar Smkr 2008 berjaya mencipta kejayaan sampai keperingkat yang lebih tinggi. Salah seorang guru sejarah yang pernah mengajar Abdullah iaitu cikgu zaiki, berkata, kita susah untuk mendapat ganti seorang pelajar seperti Abdullah, ia merupakan kehilangan kepada sekolah, kemesraan beliau dengan adik adik junior dan hormat yang tinggi pada guru guru menyebabkan warga semekar rasa kehilangan pelajar yang soleh setelah Abdullah ke UPSI. Kami guru guru sayang pada Pokloh, tambahnya dengan nada yang sayu.
Disamping kecemerlangan beliau dalan akademik, sahsiah yang cemerlang menjadi identiti Pokloh, Guru Penolong Kanan 1 yang ditanya berkata " Pokloh adalah role model seorang pelajar cemerlang, bukan sahaja baik,beriman, bertaqwa, zuhud, tawadduk, rendah diri, tidak pentingkan harta dunia, berbudi bahasa, lemah lembut dan bertoleransi dengan semua orang,"
tambah En Zainuddin Salleh " kita doakan Pokloh berjaya menjadi insan hebat suatu hari nanti, ciri- ciri yang ada pada pokloh menjadi inspirasi kepada semua pelajar.

Sunday, September 27, 2009

PENGISIAN YANG BERMANFAAT CUTI SEMESTER INI- Abdullah Sidek


TIMBALAN YDP ALUMNI SMKR- ABDULLAH SIDEK

Lebih kurang satu bulan 2 minggu sahaja lagi IPT akan tutup semester, ramai rakan rakan akan berada di kampung masing-masing, cuti yang agak panjang sudah tentu memberi peluang untuk bekerja, berehat, melancong atau bersama keluarga dan masyarakat. Bagi rakan ALUMNI kita telah menerima cadangan agar melaksanakan program untuk mengisi masa sek2 kito.hari raya korban juga pada cuti semster, sudah tentu kita ingin berjumpa semua kawan kawan.

CADANGAN AKTIVITI BERSAMA ALUMNI CUTI SEM INI

1- JAMUAN ALUMNI AIDILADHA
2-BERKELAH DAN MENDAKI DI BUKIT KLUANG
2-RIADAH DI AGRO RESORT
3-PESTA MEMANCING ALUMNI DI MANA2 PANTAI@SUNGAI
4- BBQ di Panggong kg Bintang, menjejak alam ke Batu Gajah. EKSPIDISI
5- KULIAH ADDINIAH FALAHIAH SETIAP JUMAAT (lelaki)

SILA NYATAKAN kehendak anda diruangan PESANAN KAWAN!!! Kita akan buat aktiviti ini dalam cuti sem tak lama lagi. yang penting lepas final exam kita dapat berreleastantion apatah lagi bersama kawan2 ALUMNI. Tentu anda semua tidak sabar lagi untuk bersama sama balik bercuti di kampung setelah mengerah otak blaja dan bekerja. insyaallah azam untuk keluar ALUMNI
- ALLAHUAKHBAR-

ALUMNI MENJALINKAN KEAKRABAN

Saturday, September 26, 2009

GENG GENG ALUMNI BERAYA

BERAYA SAKAN SAMPAI TERLUPA CUTI RAYA DAH HABIS. KONVO aidilfitri yang di ketuai oleh POKLOH begitu padat dengan program. ramai rakan2 yang ditemui. setiap pelosok kampung di ziarahi. rumah kawan2 hampir penuh di kunjungi. namun ada juga rumah yang tak sempat kto g rayo smula lah. POKLOH di ikuti bakal KETUA PELAJAR SMKR 2010 NAJAH, bakal ketua pengawas, PIJA, AMIR UM, AMIR UMP, SAIPO UUM, ZULKIFLI, \
BBQ dirumah najah bersama BURHANUDDIN, JIJE, HAFIZBUYA, HAKIM. ARIFUDDIN DAN ramai lagi...................
HARI saat akhir. konvo kerumah LAN tp beliau tiada dirumah, mandi pula di pantai budu, makan roti cana keda mokye, misup air tawar.. cuci mata di lato bulat, makan bekwoh rmh bkl mertua pokloh d pondok nyamuk. kerumoh terbuko YB NAWI..

kenangan aidilfitri ini

pokloh telah bermalam dirumah ustaz hassan untuk bersama sama najah bagi membuat persiapan BBQ alumni. program berlaku pada raya ketiga. kelihatan gambar turut terpapar gambar wajah Amir Sidi dari UM, Hakim dari UMS dan diatas sofa itu Hafiz Selasih. dari belakang Pokloh berkopiah putih sedang menikmati nasi ayam bakar. hidangan kami juga pada malam itu adalah nasi goreng spesel dari chef UiTM Jengka, Burhanuddin Hj Daud. hadir sama Jije dan Arifuddin UiTM. Pada petangnya kita telah menempah ayam yang di beli oleh Pija Bunga, tetapi tidak cukup lalu sekali lagi pergi beli ayam di bukit jeruk. S/U ALUMNI SMKR mengucapkan terima kasih kepada najah kerana sudi menjadi tuan rumah untukmajlis alumni tersebut. ALLAHUAKHBAR!!!!!

KETENTUAN ALLAH KITA BERPELUANG..

setiap dari kita adalah pemimpin dan kita akan akan dipertanggungjawab atas apa yang kita pimpin

SEMUA WAKIL UNIVERSITI BERSAMA ALUMNI


RAYA BERSAMA di UPSI


WAHIDAH,UYU,ANING,MAZLIA
SELAMAT HARI RAYO UPSI- ALUMNI SMKR

Saturday, September 12, 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT

Ayah pernah berpesan,Adik jadilah orang berguna, bahagia hidupmu, Ibu menambah, carilah ilmu wahai adik, selamat perjalanan mu. menyingkap satu sorotan anak desa lahir di suatu daerah dilema menyusuli segala kepayahan dalam mencari makna kehidupan.
Disini baru sekarang aku mengerti betapa bermakna kata kata ayah, betapa keramat pesanan ibu. SEMEKAR, itulah suatu nama mekar yang harum seumpama harum anak didik yang pernah dilahirkan disini. SEMEKAR mengharum ditiap hati. sebuah sekolah menengah harian biasa, guru biasa, bangunan usang, asrama desa, jauh di luar bandar terletak di Kampung Renek. Namun.....................................
SEMEKAR, namamu mu mekar dihati kami yang pernah sebumbung dan sebangku menitih cebisan ilmu disini sehingga kami disaat ini...
SEMEKAR, namamu mekar dihati kami kerana cikgu pernah berkata, Sekolah Itu Mulia, di laman semekar kami pernah diajar tulis baca sehingga kami mengenal dunia.
SEMEKAR, namumu mekar di hati kami yang pernah terdidik disini

PENCETUS ALUMNI SEMEKAR D UPSI

Kepada bakal-bakal cikgu dari UPSI merangkap exco- exco dan ahli ALUMNI SEMEKAR menjadi penggerak dan pendokong dalam pemantapan ALUMNI SMKR. anda adalah aset yang bernilai dalam menerajui organisasi ini. manfaatkan ilmu yang di beri ALLAH untuk sama sama berkongsi dengan seluruh rakan dan saudara lain. seluruh warga ALUMNI SMKR, guru-guru, masyarakat sentiasa mengharapkan sumbangan tenaga intelek anda untuk memacu masyarakat yang berilmu dan mencapai ketamadunan insanian dan lahiriah. Kerjasama anda selama ini dalam ALUMNI telah banyak memajukan pergerakan dan perkembangan kita.

Friday, September 11, 2009

AKHIR RAMADAN BERSAMA ALUMNI DI UDM

Wakil dari UMP,UMT dan UDM InsyaALLAH akan mngadakan mjlis berbuka puasa bersama bagi meraikan ALUMNI di akhir ramadhan ini. majlis bertempat di perkarangan Masjid UDM. wakil ALUMNI dari UMP, saudara Tg Mohd Muaz Tg Zakaria. Dari UMT, ariff, hafiz, dan dari UDM, Shaili Mazlan...

Wednesday, September 9, 2009

BERITA DARI UUM,,, TQ

JOM BUKOK POSO,, CERIO BLAKO. HUHU

KELUARGA ALUMNI SEMEKAR D UUM

ALUMNI SEMEKAR MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SAHABAT DI UUM


semoga berjumpa di Hari Lebaran tahun ini,, semua ahli dan bakal ahli dari
UMT: ARIFF, HAFIZ, YUNI
UPSI: POKLOH, AZIRA, ANI, MAZLIA, AISHAH
USM: NOR HISAN
UUM: ABG HASFAR, SITI, UDIN, SAIPOL, POKJU, DAN KAKAK2 SEMUA
UTM: SUKRI
UM: AMIR SIDI AHMAD, SYED NUROLIQ
UMP: AMIR, MUAZ
UiTM: BORHAN, ARIFUDDIN, HASNI DLL

TAHNIAH kepada wakil ALUMNI UUM, junior dan senior


Terima kasih kepada anda semua kerana telah menunjukkan kesepakatan di perantauan UUM. saudari siti pasihah selaku wakil editor alumni dari UUM kerana telah mengadakan majlis berbuka puasa bekas pelajar SEMEKAR di UUM,,,

Tuesday, September 8, 2009

bilakah masa kita boleh bertemu kawan alumni

majlis seperti IDILFITRI,
IDILADHA,
CUTI SEMESTER,
MAJLIS LAWATAN KESEKOLAH,
REHLAH, BBQ,
SUMBANGAN KECEMERLANGAN,,, DAN PELBAGAI LAGI UNTUK MENGISI MASA KETIKA KITA BERCUTI DARI IPTA masing-masing, alumni tidak membebankan, tidak mencuri masa anda, bahkan untuk mengisi program secara bersama sama itulah hasrat ALUMNI. soal kewangan?? soal pengurusan?? pembahagian tugas?? mesyuarat. itu semua kita perkemaskan dari masa ke semasa.